Showing posts with label TZW Articles. Show all posts
Showing posts with label TZW Articles. Show all posts

08 August 2012

10 Dalil Akaun Google adsense akan di Banned.



Assalamualaikum,


Hari ini rasa macam nak menulis sedikit mengenai Adsense. Artikel ini khas untuk newbie yang baru mula dengan Google adsense. Sesuai juga untuk adsense player jadikan sebagai revision di masa lapang. Berikut adalah 10 sebab kenapa akaun google adsense anda di banned.



1. Invalid Click/impression
Masalah ini berlaku disebabkan oleh 2 sebab iaitu, kita klik sendiri dan juga orang lain mengkhianati kita. Dalam kes yang pertama, ramai newbie beranggapan bahawa google tidak akan tahu yang dia klik sendiri untuk dapat earning.Ini merupakan tanggapan yang sama sekali SALAH. Malah ada yang sanggup pergi ke cyber cafe semata-mata untuk klik iklan adsense di site sendiri. Apabila kita klik sendiri, google akan melihat pattern cara klik itu diperolehi. Banyak faktor akan dilihat termasuk kekerapan klik itu berlaku, lokasi klik (IP and geolocation) dan sumber traffic. 



Kalau klik diperolehi dari tempat yang sama, IP mungkin berbeza tapi geographic location lebih kurang sama, di tambah lagi dengan sumber traffic yang meragukan, potensi akan kena banned adalah tinggi. 



Manakala untuk kes ke 2, klik yang didapati dari orang lain, termasuk klik boom pula adalah faktor diluar kawalan kita. 
Untuk mengatasi masalah ini, dinasihatkan kita tidak reveal site kita yang mengandungi adsense kepada orang yang kita kurang percayai. Disamping itu, cuba active kan option "Only allow certain sites to show ads for my account". Setidaknya-tidaknya anda dapat mengawal ID adsense anda disalah guna.



2. Duplicate content
Ini memang masalah utama bagi kita. Saya sendiri kadang2 malas untuk membuat artikel sendiri, namun apabila memikirkan kemungkinan akaun akan kena banned, saya buatkan juga unique article. 



Sekiranya google menerima aduan yang anda telah menyalin atau duplicate kandungan dari site asal, akaun adsense anda akan di banned.

In a situation like this, where you believe that a site containing AdSense code is illegally copying your site's content, you can let us know by following the process described in our Help Center. It's our policy to respond to notices of alleged infringement that comply with the Digital Millennium Copyright Act and other applicable intellectual property laws.




Untuk mengatasi masalah ini anda ada 2 pilihan iaitu buat artikel sendiri atau guna tools untuk spin artikel lain. Masalah utama mengunakan automated tools dalam mengubah sesuatu content adalah, anda haruslah menyemak dahulu maksud perkataan yang ditukar agar maksud artikel tidak berubah. Anda boleh semak kandungan anda di http://copyscape.com untuk mengetahui yang anda mempunyai duplicate content atau tidak.

3. Mengubah adsense code.
Ini adalah pantang larang dalam adsense. Anda dinasihati agar tidak mengubah sama sekali adsense code tersebut.

We understand that it's important for you to have control over the layout of your webpages, so we currently offer a number of display options for AdSense for search. In general, as specified in our program policies, we don't permit modifications to the AdSense code. However, we do allow specific modifications that allow our AdSense for search code to comply with W3C HTML and XHTML standards.

source:google.com/adsense/support/bin/answer.py?hl=en&answer=10001



4. Memaparkan hasil earning adsense
Berhati-hati semasa memaparkan hasil earning adsense anda untuk paparan umum. Walaupun motif kita kadang-kadang adalah untuk memberi motivasi kepada orang lain, namun beberapa maklumat dalam earning report yang kita boleh hide. Memadai sekiranya kita hanya memaparkan hasil earning daripada akaun adsense dan hide info untuk CTR dan ECPM.



5. Pornography aka lucah.
Tidak dibenarkan sama sekali memaparkan iklan adsense di site yang mengandungi ciri-ciri seperti :

sites with Google ads may not include or link to:


* Pornography, adult or mature content
* Violent content
* Content related to racial intolerance or advocacy against any individual, group or organisation
* Excessive profanity
* Hacking/cracking content
* Gambling or casino-related content
* Illicit drugs and drug paraphernalia content
* Sales of beer or hard alcohol
* Sales of tobacco or tobacco-related products
* Sales of prescription drugs
* Sales of weapons or ammunition (e.g. firearms, firearm components, fighting knives, stun guns)
* Sales of products that are replicas or imitations of designer goods
* Sales or distribution of coursework or student essays
* Content regarding programs which compensate users for clicking ads or offers, performing searches, surfing websites or reading emails
* Any other content that is illegal, promotes illegal activity or infringes on the legal rights of other




6. Memaparkan iklan adsense di site yang bukan dalam bahasa English.
Walaupun kita kadang-kadang terjumpa ada iklan adsense di blog bahasa melayu, tetapi sekiranya kita rujuk di TOS, ya menyalahi peraturan Google Adsense.

Please also be aware that placing the AdSense code on pages with content primarily in an unsupported language is not permitted by the AdSense program policies.




7. Made for Adsense site.(MFA)
Untuk menjaga kepentingan advertiser dan kualiti site, google telah menetapkan beberapa kriteria yang dipanggil sebagai "Google's Landing Page Quality Guidelines"

publishers using online advertising must ensure that their pages comply with Google's Landing Page Quality Guidelines.




Elakkan membuat site yang mengandungi 1 post/artikel untuk di combine dengan adsense ads. Risiko untuk di banned adalah tinggi kerana ia menyerupai sifat MFA. Buat artikel atau post yang berkualiti dan lebih dari satu. Malah dengan membuat lebih dari 1 post dan artikel, ia juga memberi benefit kepada anda dari segi SEO kerana anda mendominasi lebih dari satu keyword.



8. Membuka akaun adsense lebih dari satu.



Seperti orang lain, saya juga mempunyai lebih dari satu akaun untuk adsense. Kalau boleh kita jangan login dalam masa yang berdekatan dengan clear cookies setiap kali login. Walaubagaimanapun, untuk perkongsian bersama, ia tetap menyalahi TOS kerana mempunyai akaun lebih dari satu.



9. Privacy Policy
Bagi setiap site yang memaparkan iklan adsense, kita haruslah meletakkan privacy policy statement di site tersebut. Ini adalah peraturan asas. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan akaun kita di banned.

AdSense publishers must have and abide by a privacy policy that discloses that third parties may be placing and reading cookies on your users' browsers, or using web beacons to collect information as a result of ad serving on your website.

10. Encouraging click. 
Hati-hati semasa meletakkan iklan adsense kerana meletakkan adsense bersebelahan dengan image adalah dilarang sama sekali kerana ia dikelaskan sebagai Encouraging click.



Ok. Setakat itu untuk hari ini, kalau ada lagi sila tambah. Tujuan artikel ini dibuat adalah sekadar untuk perkongsian di antara kita.


credit : inspiration from wangcyber.com

10 July 2011

Bersih 2.0 - Anne the Inspiration Story.


Anne, from setapak, took a bus ride down to KL, ALONE, in support of the rally. she was stopped 4 times, being asked her IC, and questioned by the police on why she's wearing yellow. "why can't I wear yellow?" was her reply.
she didn't know what time the rally was scheduled to start, she didn't know where, she has no one with her; all she knew was to get down to KL, and stand for what she believes in.

The first thing she asked when she sat on our table, "what are you guys doing here?"

Anne teaches English in government schools for about 35 years (if i remember correctly). but her passion is really singing and dancing; and what she values most in her life now is freedom.

Anne has rallied in bersih 2007. she was disappointed as to why no one else was wearing yellow that day. we said chill lah.. that's cuz if we do, we'd be stopped by the cops even before we get the chance to enter KL. "it's so sad.. it's so sad that the police are treating our rakyats like these."

"When you come to rallies, there's a spirit of unity... something i cannot describe... when everyone is united for a cause. you don't even get this sort of unity in church."

She left me with a question that still resides in my heart. now may i impose on you to think about it. "Why do we have to feel so scared (and threatened) in our own home land.. and by own countrymen?"

credit : Charlotte Hew

Link


27 June 2011

Iphone vs Android


Seriously, Android tumbuh macam cendawan. Tujuan utama Google hasilkan OS Android untuk smarphone sebab nak fight dengan Apple. Apple memang terkenal dengan overpriced device. Android telah muncul, lalu declare war dengan Apple untuk kategori smartphone.

but finally end up like this...


20 April 2011

Mentaliti Minda Melayu yang pantang di............



Minda melayu yang semakin melayu, kembang tak lalu walaupun ditiup sang bayu.

Aku suka tengok minda picisan melayu, typical thinking and minda stereotype.

Sikap tegur-menegur kadang-kadang boleh mengundangkan perasaan tidak selesa kepada si kena tegur. Sikap kita yang butthurted apabila ditegur memang sangat senggama minda bila ditengok dan diperhatikan.

Sebagai contoh kita menegur seseorang mengenai soal aurat,kelakuan x elok,teguran or sbgnya kepada Person B.
Pastu Person B akan berkata...
"ko ingat ko alim sangat ke nak tegur2 orang, betulkan diri dulu. Dah la sembahyang subuh pukul 9.am"

counter yang agak nice dan bersifat yahudinisme disitu, minda picisan melayu yang bersifat butthurted.




Teguran dan kritikan itu bagus. Kita takkan improve selagi takde orang kritik dan kita tidak akan improve jika takder persaingan yang sihat.

Dalam Islam memang menganjurkan konsep amar makruf nahi mungkar.
kasitau la statement aper-aper pun, tapi yang penting kena ingat benda haram tu tetap haram.

Takde plak aku dengar hadith-hadith yang menyatakan ciri-ciri nak tegur kesalahan orang tu mestilah.
  • mestilah warak dan bertahajud setiap malam
  • datang awal ke masjid sebelum khutbah disampaikan
  • tidak pernah bercakap atau berkata-kata ketika khutbah disampaikan
  • tidak pernah miss subuh berjemaah
  • mestilah menyertai pertandingan nasyid interkolej

Nak menegur tu boleh tapi janganlah sampai membuka keaiban seseorang, tegur secara berhemah.
“Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi no 2032).
Sebagai Muslim, wajiblah kita menghindari dan membenci perbuatan menghebahkan aib orang Muslim lain. Mudah-mudahan dengan sikap dan semangat ini, Allah akan sentiasa menutup keaiban kita pula di dunia dan di akhirat.

14 April 2011

Belajar untuk aper sebenarnya?




Dalam keadaan kebosanan yang tidak berbelah bahagi ini, aku merewang-rewang riang di internet sambil membaca perlbagai text-text yang terdapat di browser internet.

Saper kata rakyat malaysia tak suka membaca? surfing internet dikira sebagai membaca jugak ok. Tapi dalam bentuk softcopy dan tidak dalam hardcopy.

Kepada yang gemar melayari internet anda memang layak dipanggil suka membaca.
Melainkan dia main internet semata-mata nak browse google image semata-mata.

Aku ader terbaca 1 quote yang menarik dari ceo google rasanya.
bunyinya lebih kurang macam ni lah

" Bila korang masuk alam pekerjaan, korang akan nampak di mana anda sebenarnya. Mereka tidak pandang kepada sijil-sijil dan cgpa anda setiap sem walaupun 4.0. Apa yang diorang mahukan adalah adalah Ape yang korang boleh sumbangkan untuk syarikat ini?"

" Saya tengok ramai yang study semata-mata untuk lulus exam dan bukannya untuk gain the knowledge. Walaupun anda gagal exam tidak semestinya anda gagal dalam alam pekerjaan"


"I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft."
- Bill Gates.

Jangan menjadi seperti orang kebanyakan and stop being a typical minded people.

Tanya diri sendiri, korang belajar untuk apa sebenarnya atau sekadar untuk lulus peperiksaan?
jika masih ragu-ragu tepuk dada dan tanyalah nelayan tempatan.

23 December 2010

Gerakan Anti-Justin bieber.


Justin bieber adalah seorang artis sissy yang paling cepat meningkat naik. Budak kecik ni memang cukup overrated di atas muka bumi dan cukup popular dgn lagu ghenynya iaitu "Baby". Walaupun overrated, budak ini juga dibenci oleh golongan tertentu termasuklah aku sendiri.

Setiap kali lagu "Baby" di putarkan, sensor kejantanan aku bergetar hebat dan mendorong aku mengemute lagu tersebut.


Aku cukup bangga dengan anonymous dalam internet kerana bersatu padu mengucar-ngacirkan kepopularan mamat overrated tersebut.


Satu Pakatan nakal telah terbentuk di dalam Youtube.


Dia menyeru supaya orang ramai menekan "dislike" button dekat dalam video "baby"
by Justin Bieber sempena birthday Justin pada 1 March ni.




dan hasilnya..................



Anonymous feat Anti Bieber Revolution 1-0 Justin Bieber
bapak giler! 415 milion warga youtube telah view video jadah ni.

740k dislikes berjaya dicapai berbanding 400k yang likes.
satu majoriti mudah bagi gerakan anti JB ni!.
dan majoriti Dislike still counting till now.

dan fanboy Justin ni juga, 24 jam mempertahankan artis kesayangannya di dalam ruangan komen di video "Baby". Kepada yang takder kerja nak buat atau bosan-bosan kat rumah, bolehlar melawat ruangan komen kat dalam dalam video tu.



once again. INTERNET wins.


17 December 2010

Perihal Penyakit OCD.


 

Aku yakin x ramai tahu menahu pasal penyakit OCD ni. OCD bermaksud Obsessive Compulsive Disorder atau dalam bahasa senang nak faham iaitu Penyakit yang menyerang mental kita dan mendorong kita melakukan sesuatu itu berulang-ulang kali.

OCD ni banyak kategori dan pecahan-pecahan dia.

Kebanyakan perilaku pesakit OCD ini agak aneh dan pelik, dan di sini aku nak senaraikan jenis-jenis OCD yang biasa menyerang penduduk di seluruh dunia.

The Checker
- Biasa pesakit ini jenis kerap memeriksa sesuatu benda sbg contoh berulang-ulang kali cek samaada pintu kereta itu sudah tertutup ker belum.
- Sentiasa memeriksa suis dapur kerana was-was ianya belum ditutup padahal dah tertutup. Kalu dihitung dekat 43 kali dah dia duk ulang-alik ke dapur dalam masa 31 minit,


Constant Checker
- Yang ni agak letih skit, sbb pesakit dlm kategori ni didorong untuk memeriksa sesuatu benda berulang-ulang secara aggresif, ader yang jenis suka pulas2 suis/pemutar sampai maximum, selang 20 saat pulas lagi. sebab mindanya didorong dan mengatakan suis itu belum ketat lagi.
- Ader yang suka duk tekan2 suis mesin basuh berulang-ulang sampaila dia puas hati, selang 10 minit dia tekan lagi.


The Odds Number
- Sebelum keluar rumah dia akan pastikan dia kunci pintu. Oke fine, pastu dia akan make sure bunyi "krak" daripada efek kunci itu berbunyi sebanyak 3 kali, kalau x cukup 3 kali mmg dia rasa annoying! dan akan ulang sampailah dia puas hati.
- Kenal David Beckham? dia adalah seorang pengidap penyakit The Odds Number, dia pernah menceritakan dalam satu rancangan temu-bual, di mana dia suka menyusun tin-tin minuman secara berselang dua-dua, pastu label tu mesti mengadap ke depan. Kalau bini dia Victoria pusing skit tin tu, dia akan bergegas ke tin tersebut dan make sure tin tu sama macam dia susun tadi.


The Diameter
- Pengidap ni sangat sensitif dan peka pada koordinat suatu objek, dia akan rasa annoying/x lega kalu objek yang dia susun teralih walaupun 1.3 cm, dan dia akan cepat2 akan susun kepada default position balik.
- Kesinambungan dari The Odds Number tapi more into kordinat objek.


Washer/Cleaner
- Yang ni agak popular, pengidap kategori ni suka sangat basuh tangan dan mementingkan kebersihan, basuh dan basuh sampai dia puas hati. Paling teruk siap berdarah tangan dia sebab banyak sangat kena sabun. Sebab minda dia kena ganggu yang mengatakan bakteria masih terlekat lagi 40 cm.

Rasanya banyak lagi pecahan-pecahan OCD dalam dunia, setakat tu jer aku rasa yang aku ingat pada saat ini. Hate to say that i'm the one who suffered to OCD. Dan yang paling kronik dan boleh membawa ke tahap sakit jiwa, bila si pesakit mempunyai ke semua ciri-ciri yang aku senaraikan kat atas tu. Cepat-cepat lar gi jumper pakar yer.

Kepada yang masih blur-blur kambing pasal OCD ni, tengoklah video kat bawah ni. The perfect example to portray what is the OCD about.

16 December 2010

Cheng Guorong - Pengemis kacak jalanan.


Percaya atau tidak? mamat ni atau lebih dikenali sebagai Cheng Guorong adalah seorang pengemis jalanan di tanah besar China. Dia menjadi seorang pengemis selepas dibuang kerja dan hidupnya menjadi sehelai sepinggang setelah hartanya dirompak.

Dia telah hidup merempat selama 14 tahun dan terputus hubungan dengan keluarganya. Dia tidak berani pulang ke kampungnya dengan keadaan sebegitu dan akhirnya bertekad untuk hidup di jalanan. Setiap hari, dia mengemis dan mencari makanan di dalam tong sampah.


Namun, dengan memiliki gaya dan rupa paras yang agak market, beliau telah ditawarkan untuk menjadi pelakon dan model sambilan. Ini kerana gambar-gambar Chen Guorong telah berjaya ditangkap oleh photographer-photographer amatur di sana dan diuploadkan di forum fotografi di sana.




Secara tiba-tiba, gaya sensasi pengemis kacak ini menjadi bahan bualan di sana. Dia juga telah ditawarkan berlakon oleh sebuah pengarah filem. Filem itu banyak berkisarkan tentang kisah hidupnya. Produksi filem itu telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM34 juta dan bakal tahun ditayangkan pada 2011. Namun, dia telah menolak tawaran tersebut dan wataknya digantikkan oleh pelakon Hong Kong, Carl Ng.

Masyarakat yang simpati dengan hidup Cheng, telah berjaya mengumpul dana untuk Cheng supaya dapat kembali ke keluarga asalnya. Tapi malangnya, setibanya di kampung ayah dan isteri Cheng telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya.

Rata-rata dari keluarga Cheng menyangkakan yang dia sudah mati.
Publisiti meluas tentang kisah hidup Cheng telah membuka kisah baru dalam hidupnya.
Cheng sekarang bergiat aktif dalam bidang permodelan, tapi dia mempunyai sedikit masalah kerana dia adalah seorang pemalu dan pendiam.

30 November 2010

Kenapa tergila-gilakan artis korea?



To be more spesifik la, kenapa perempuan di Malaysia tergila-gilakan artis lelaki korea?
dah pupus ke keunggulan jejaka-jejaka tampan dan perkasa bak ibrahim ali di Malaysia ni?

aku pun tak tau nak kata aper. Tapi aku boleh nampak ciri-ciri yang essentials yang ader pada artis lelaki korea yang membuatkan awek-awek tergila-gilakan diorang.

  • Rambut diorang memang super duper cool gila babi khinzir punya, memang tidak dinafikan mereka mempunyai gaya rambut yang unik. Tu psl awek2 kat sini cair dan basah melihat ke 'cool' lan gaya rambut mereka.
  • Kulit yang putih licin, rata-rata artis lelaki sana mempunya majoriti kulit putih yang licin. Mungkin genetik korean memang spesis kulit macam tu kot.
  • Fesyen pemakaian diorang (rujuk pic di atas) memang supercool. Kalau pakai jeans, bukan sekadar plain jeans. Tapi memang ader la aksesori2 tambahan mcm rantai besi ker, corak2 erotic ekzostik dan sbgnya. Rata-rata diorang berbaju t-shirt skali dgn baju berkolar tak berbutang? betul ker aku cakap ni? kadang-kadang berjaket kulit hitam ataupun blazer.
  • Terpengaruh dengan watak hero dalam drama. Dalam drama korea, kebanyakan hero memang perwatakan romantis gila, caring setia dan cara layanan heroin macam menatang minyak petrol yang penuh. Rata-rata perwatakan mereka memang supercool dan gentleman tahap mesin basuh.
  • Muka jambu dan ala-ala girlish , kebanyakan hero-hero korea aku tgk muka mcm ala2 keperempuanan skit, bukan skit! tapi rata-rata memang macam tu kot 91.65%!. Aku xtau la naper diorang suka muka2 jambu dan gurlish camtu. Kalau mcm dean/sam winchester tu baru ok la skit, baru nampak gagah perkasa dan bersedia.

So camne nak buat awek-awek tergila-gilakan korang? caranya mudah sahaja.
Sila gabungkan kelima-lima points yang aku senaraikan di atas.

.
.
.
.
.
.

16 November 2010

I'm not doing this... I'm better on my own.



Royce: Look, I'm sorry. You want to play scout leader? Great! You want to follow me? Fine. But I'm not doing this... I'm better on my own.



Salah satu quote yang menarik dalam cerita Predators,
baru semalam tengok, sampai aku tido kul 12 tghari! hahahaha.
Bagi aku citer ni masuk dalam antara cerita terbaik pernah aku tengok. Packed with action+awesome script.

Penekanan di dalam quote tersebut, jangan terlampau bergantung sangat dengan orang lain, cuba lakukan dan alaminya dengan sendiri.

Berdikarilah di mana saje anda berada ya dan tidak semua orang akan menemani anda sepanjang masa.

.
.
.
.
.
.

01 November 2010

Spesis-spesis Pelajar yang patut anda kenali dalam kuliah..... Episode-3

Ini entry blog aku no-2 utk hari ni, gigihkan aku buat entry baru. Bosan2 tu yg rajin apdek blog tu.

kepada yang menuntut ilmu di IPTA/IPTS memang dah masak dgn karenah-karenah pelajar di dalam kuliah kan. Tapi kali ni aku nak mengkategorikan pelajar-pelajar tersebut mengikut pemahaman aku sendiri.

 


MAT RAJIN
- dia memang rajin. itulah 1 perkataan yg muncul kalau tgk dia. Segala ayat yang keluar dari mulut lecturer semua dia tulis, lecturer dia berdehem, batuk, bersin pun dia sibuk nak tulis, siap buat storyboard lagi. kadang-kadang 1 sesi kelas semua ditulisnya sampai nak habis 1 buku nota dia. memang rajin! Jenis2 duduk paling depan skali time dlm kelas. Kadang2 sampai nak duduk 3 cm daripada screen besar slide projector. Sampai mendongak kepala dia, kesian.

Kelas pun datang awal dari lecturer. Kadang2 kunci mangga kelas belum buka lagi dia dah bertenggek kat situ. Kadang2 diorang memang jenis study awal, baru sem 1 tapi dah nak study subjek utk sem 8. Orang mcm ni aku gelarkan 'student-bot' dan hati2 diorang ni agak skema serta tegas.



MAT suam-suam kuku
- Orang mcm ni xder lar rajin sgt dan xlar malas sgt. jenis follow the flow. bagai lalang ditiup angin. mood study ikut mood. Orang cmni xder la skema sgt. Kelas kadang2 datang tak datang. Golongan mcm ni byk kot kt Universiti.

Lokasi tempat duduk biasa kat tengah2 sebab diorang jenis tengah2. Faham pun separuh2, mari kelas pun separuh2 jam, markah pun separuh2, attendance separuh2. Pendek kata semua separuh2 lar.



MAT MALAS
- KATEGORI ni agak jarang ader dan kadang2 boleh dikategorikan sebagai golongan minoriti. Datang kelas pun time 10 minit lagi kelas nak abis, kadang2 datang selepas 10 minit kelas abis pun ader. Ader peribahasa khas utk golongan ini " datang tak dijemput , pulang tak dihalau".

Dalam kelas fikiran pun dah start melayang2, mcm2 cerita ader dlm otak dia dari sampai bertarung dgn raksaksa sampailar modified bas jadi peti sejuk? ajaib kan? lecturer duk bincang psl tamadun eropah dia duk berkhayal pasal tamadun parameswara.

Lokasi tempat duduk biasanya kat belakang2, kalau boleh nampak hidung atau rambut lecturer kira boleh lar. Dan akan berasa teruja dan gembira bila mendengar lecturer berkata " that's it for today, see u guys next week!".

previously on TGW :
-EP-1
-EP-2

.

31 October 2010

Setiap orang ader masalah.


Setiap orang xkan lari dari Masalah....
Kadang2 kalau banyak sangat berfikir ia boleh menganggu kehidupan seharian kita.
terlalu banyak berfikir pasal masalah sana sini boleh menyerabutkan fikiran.

Macam2 lar kita duk fikir pasal masalah bf/gf kita lar, pembelajaran, masalah keluarga, perkerjaan, masalah sosial dan sebagainya.

Tak ramai yang memikirkan pasal jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang melanda di benak fikiran kita ni. Semua ada EGO yang sekeras batu tembok.
Takkan selesai masalah kalau kita terus berkawan dengan EGO kita tu. Memang x ramai yang sanggup mengakui kesilapan sendiri sebab EGO mereka terlalu unggul sampai terpaksa bersikap hipokrit.

Tidak ramai yang suka menzahirkan masalah mereka, dari luar memang nampak muka dia mcm happy 24 jam tapi dalam hati siapa yang tau. Muka yang nampak cool mcm baru lepas menang cabutan bertuah tapi di hati dia berkecamuk berkecai saper yang nampak.

Salah satu penyelesaian terbaik adalah ---> BERDOA kepada yang maha ESA
inilah satu nikmat yang kita tidak pernah nampak sebelum ini, kerana Allah takkan membebankan seseorang yang bukan dari luar kemampuannya.

26 October 2010

P.Ramlee Dimanakan Ku Cari Ganti -Satu Indiepretasi



Projek Satu Indiepretasi
diilhamkan untuk mengingati seniman Agung P.Ramlee.
Band-band dan Penyanyi indie di Malaysia telah bergabung dan memainkan balik lagu P.Ramlee untuk versi indie.

My favourite tracks:
- Hujan - Tunggu Sekejap : Youtube
- Bittersweet - Getaran Jiwa : Youtube
- The Ramlees - Itulah Sayang : Youtube
- AG & Co (feat Azlan Typewriter) : Youtube


Please buy the original Digital Copy. Support our local bands.

02 June 2010

Kesilapan manusia yg paling besar....tapi tak pernah kita sedari


















Satu wacana yang segar dan bebas akan aku taip dan buka pada pagi ini.
tiada sebarang cagaran, hanya memerlukan sel2 serebrum sahaja untuk memahaminya.

aku suka menaip benda2 yang bermain dalam fikiran aku, maklumlar percutian sem yang agak panjang kadang2 menimbulkan kegelisahan dan keboringan yang berkala

setiap manusia mempunyai impian dan dengan impianlah menjadikan manusia akan berusaha menggapainya dengan satu penceritaan atau imaginasi yang dibayangkan.

tetapi salah satu impian yang sukar dicapai ialah impian yang terlalu tinggi dan tidak realistik.

dan dengan impian yang tidak dicapai inilah menjadikannya satu harapan yang tinggi atau disebut2 menaruh harapan.

apa yang aku perhatikan, manusia terlalu sangat meletakkan sesuatu harapan.
Yang menjadi silapnya adalah harapan yang tidak realistik. Come on people, don't be hipocryte to yourself.

apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah tetapkanlah satu matlamat yang realistik dan boleh dicapai dengan usaha yang berterusan. itu saje the simple formula.
Think guys.

27 December 2009

Spesis-spesis manusia yang patut dikenali di Universiti EP-2


Ok kita kembali ke episod-2.....

baca article ni dengan nada serius


ok..ari ni aku nak huraikan pecahan-pecahan spesis manusia yang patut anda kenali di Universiti:

MAT PAU

Mat Pau adalah satu spesis yg hebat dan mempunyai abilities meminta makanan dan barang secara pukal dan berkesan.Golongan ini adalah spesis yg ramah mesra dengan orang ramai.Mereka juga akan mengepau dgn perlbagai sumber seperti makanan,minuman,Rokok, dan sebagainya.

Golongan ini mempunyai jadual2 perancangan tertentu dan strategi yang terancang seperti :
  • Hari ahad Paw Necafe 3 in 1 kat member aras 1
  • Hari Isnin Paw Rokok dgn member top floor
  • Hari Selasa Paw Maggi dgn aras tengah2
  • Hari Rabu paw nasi dgn pekerja bangunan...kdg2 diorang mintak teh ais
Mereka juga hebat berbicara dan kadang-kadang.... mereka yang memberi akan berasa kasihan melihat raut muka pengepau ini.

Pengepau juga telah dilatih dgn facial2 expression tertentu bagi meningkatkan lagi tahap peri kemanusiaan daripada pemberi.Mereka juga banyak mempunyai banyak koleksi kisah2 sedih bagi menarik perhatian pemberi.Kalau dibukukan dah boleh buat satu perpustakaan mini di kolej.

Mereka juga di kenali sbg para ninja kerana bertindak tanpa disedari oleh pancaindera normal.





Mat Repeaters/Otai

Mat Repeaters/Otai adalah spesis yang paling senior dalam persekitaran Universiti.Mereka juga mempunyai kebolehan belajar dengan jangka masa yang lama dan selalu gagal dalam subjek tertentu.

Penampilan mereka nampak sempoi dan sekali imbas mirip rupa seakan2 lecturer/faello ....kerana terlalu banyak ion2 positif dan negatif yang diserap akibat terlalu lama belajar di universiti.

Mereka jugak orang yang paling banyak cerita negative pasal lecturer-lecturer yang ada dalam uni kamu.

“Engkau ambik Kalkulus dengan Dr Karim eh? Habis la engkau. Mamat tu ngajar macam tah aper2! Tak paham aku..aku syorkan korang buat persediaan untuk gagal lar...budak2 batch aku ramai gagal!!...kadang2 kitaorang main takraw dalam kelas...sebab kelas dia boring!”

MACAM MANA NAK KENAL MAT EXTEND?

  • Muka dekat kad matrik tak sama dengan muka diorang sekarang pasal gambar tu ambik 6 tahun lepas dan kadang2 kad matrik dia lusuh dan pudar warnanya.Mungkin korang ingat di gantung road tax motor kat leher dia.
  • Bila dia hilang one day dari kolej korang terfikir. Dia tu dah grad ke atau dah kena tendang?



MAT Tak-Lekat-Kat-Bilik

MAT Tak-Lekat-Kat-Bilik ini adalah satu spesis yang jarang berada di biliknya sendiri.Mereka sering memanfaatkan konsep cuti-cuti Malaysia seperti mengunjungi bilik-bilik rakan kolej dan lebih teruk mereka akan buat PC/Laptop korang mcm harta diorang sendiri...

Dan korang akan berasa tertekan hingga ke tahap ingin menghempuk lampu brek bas kat kepala kawan korang tu.....

biasanya diorang berpegang kepada gagasan "Hartamu, Hartaku jua....."
dan mereka juga disenangi kerana mereka akan menjadi peneman kepada anda sepanjang masa.


to be continue....

24 December 2009

Spesis-spesis manusia yang patut dikenali di Universiti EP-1























baca article ni dengan nada serius

Sebut saje pasal Universiti mesti dalam kepala terbayang2 perlbagai jenis ragam manusia kan??

ok ari ni aku nak huraikan pecahan-pecahan spesis manusia yang patut anda kenali di Universiti:


MAT GAMING

Mat Gaming
ialah spesis paling banyak di universiti2 di Malaysia dan spesis ini akan sentiasa menular. Abis je kelas dengan pantas dia akan membuka game counter-strike untuk buat kali-1000 dan tiap2 hari roommatenya akan dihidangkan dengan perlbagai jenis dentuman bom-bom dan tembakan-tembakan senapang dari audio komputernya.

kalau dia gaming pakai headphone ok lagi, ader kes teruk dia guna speakernya dan anda sebagai roommate terpaksa mendengar letupan-letupan bom dan tembakan-tembakan senapang yang menggambarkan seolah-olah anda sedang berada di zaman jepun atau perang dunia kedua.

dan spesis ni amat popular dan dijadikan idola di kalangan pengGamer. Antara dialog biasa kedengaran di food court :
  • "Gila din ari tu..bunuh aku pakai pisau jer...tensen aku"
  • "mangkuk ni lar scores plg tggi..death 0 jer...gila main cheatcode"

MAT GAMING MULTIPLAYERni sama jer dengan kes di atas tapi kali ni unik skit kerana spesis ni akan mengajak rakan-rakannya ke bilik dan bermain game dan terdengar jeritan2 syahdu seperti "woi dia kat atas tembak2.....yang ko tembak aku aper sal".
"dlm terowong woi..yang ko panjat kat atap tu aper kessssss sialll laa".
satu lagi jenis hantu game bolaaa, haaa rasakan(ya aku mmg dlm golongan ni jugak)
siang malam pagi petang korang akan nampak dua objek jasad manusia duduk atas kerusi sambil memegang dua joystick dan khusyuk mengadap skrin dan jeritan2 akan kedengaran jika peluang di depan gol gagal dijaringkannn.

antara jeritan2 yg biasa di dengari ialah :

  • "Sial la referee....penaltiii tuuuuuuu"
  • "Aduhhh.......tertekan kuat lakkkkkkk...kuat giler bola"
  • "bodo lar depan gol xleh score lagi......"
hakikatnya yang tukang kawal tu saper??


MAT MOVIE/ANIME

ni antara terpopular jugak di Universiti memang kalau korang lalu jer depan bilik dia pasti kedengaran bunyi2 intro opening movie diorang pasang dan bila korang dengar je, korang leh agak aper movie diorang pasang.

dan awas jangan korang heran plak tengok diorang tersengih2 di depan pc.

spesies ni tak menyusahkan orang.

tapi diorang ni hebat kerna berjaya menarik trafik manusia ke bilik korangjika movie ditontonnya itu adalah sedap. Secara tidak langsung bilik anda akan menjadi mini-cinema utk beberapa jam.




ambik masa beberapa saat...
anda dari spesis mana?


to be continue...

27 July 2009

Aku terkena syndrom PSLK

Setlah hampir sebulan mentelaah ilmu di UPM.
penyakit lama aku telah kembali muncul iaitu penyakit PSLK.

kebiasaan penyakit ini menyerang pelajar ketika :
- berasa terlalu bosan dalam kelas.
- lecture yg mengajar seperti robot buka slide pastu rapping bla2
- terlalu banyak formula,graf,nombor2 yang memeningkan dan mengelirukan.
- pembelajaran ala2 komando - teknik memanggil student buat di depan.























so akan timbul isu berat kepala dalam kelas. Mata separuh terbuka dan tidak keupayaan mengangkat kepala dengan betul dan lebih teruk lagi ia mendorong kepada symptom tidur.
ketiduran tanpa sedar lebih teruk lagi anda tertidur terus sampai malam tanpa dikejutkan rakan sekuliah.

apa yang menarikny,selepas kelas secara automatiknya hilang semua symptom tersebut.
so jadilar PSLK =Penyakit Segar Lepas Kelas

13 June 2009

Mimpi Rasulullah

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.........."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh
malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk
mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA
KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA
YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan
dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan
para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia
datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN
RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku
seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap
gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada
tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan
kepalanya dari bahaya api tersebut.