Showing posts with label Love Secrets. Show all posts
Showing posts with label Love Secrets. Show all posts

30 May 2013

Tips Terpenting Untuk Menyegarkan Hubungan Yang Suram.

Sudah lama kita terdiam kan.
Sudah terlalu lama kita tenggelam dalam gelisah yang tak teredah.



Hari ni aku dengan rasa senang hati nak berkongsi dengan anda. iaitu Anda Anda yang sedang bercinta, bakal bercinta,telah bercinta dan yang tak akan bercinta. Tips yang aku bagi ni pernah digunakan oleh masyarakat dulu kala iaitu sebelum terbinanya Tajmahal.

Bagi aku sesuatu itu ilmu itu tak akan berkembang jika kita tidak berkongsi dengan masyarakat.

Hari ini,tika ini,saat ini aku nak kongsikan bagaimana sesuatu hubungan percintaan yang terjalin sekian lama akan berputik seakan menjadi satu percintaan yang indah dan penuh makna.

Aku nak kongsi 4 Tips terpenting  Untuk Menyegarkan Hubungan Yang Suram.

1) Komunikasi adalah Kunci

Dalam mana-mana hubungan kegagalan komunikasi adalah salah satu penyebab di mana berlakunya keretakan sesuatu hubungan. Hidupkan komunikasi dengan pasangan anda. Jangan biarkan sesuatu pertemuaan jadi seperti pertandingan catur di mana berlakunya komunikasi tanpa suara.

Ramli : Ape masalah bas tu sayang? dari tadi tersengguk-sengguk abang tengok. Adakah disebabkan masalah engin yang teruk?
Ramlah : tah lah.
Ramli : Sayang, kalau abang sambung belajar dan ambik kos Perkuburan dan Masyarakat agak-agak relevan tak dengan kelulusan abang?
Ramlah :
Ramli : Sayang, kenapa sayang buffering bila abang tanya?

Situasi di atas menunjukkan situasi perbualan yang tidak memberi sebarang unsur positif dalam suatu hubungan.


2) Turunkan Egomu

Ego memang terkenal dengan lelaki dan tidak lupa juga pada wanita. Suatu masalah tak akan selesai kalau dua-dua keras kepala. Hubungan yang suram adalah hubungan yang dipenuhi dengan pergaduhan. Masing-masing keras kepala, tak mau mengalah.

Ramli : Abang rasa sayang patut mintak maaf ke abang. ade ke patut sayang tuduh abang mengorat makcik cleaner tu. Abang puji je baju dia cantik dia hari ni, dia pakai kebaya ari ni kan.
Ramlah : Sayang tahu abang syok kat dia kan. Abang patut mintak maaf ke sayang! ade ke patut abang marah polis trafik semalam. Sayang just angkat tangan jer sebab dia bagi laluan.
Ramli : Abang syak polis trafik ni syok kat awak lah! lain macam je sengih dia.

Situasi di atas adalah sesi salah menyalahkan. Luaskan egomu!


3) Ambik Berat

Pasangan mestilah saling take care,take note antara satu sama lain. Perempuan sangat suka lelaki yang caring dan diingatkan kepada lelaki jangan jadi terlebih caring plak. rimas dia nanti. Hidupkan suasana ini balik ya. Pasti pasangan anda terkejut!



cukuplah sekadar sms dan kalau ade kredit yang banyak call pun boleh.

Ramli : Morning sayang, abang nak gi masjid dulu. Baiki atap. Pak imam tak leh datang sebab gi bayar PTPTN anak dia.
Ramlah : Abang dah makan belum?sayang tengah order nasi goreng dengan telur dadar ni. Ramai gila orang abang! sayang rimas la. Pekerja ni asyik pandang sayang je. Tau la ari ni sayang pakai baju kurung teluk belanga kaler putih.
Ramli : Sayang, abang tak jadi pergi masjid. Pak imam suruh tolong temankan dia pergi pejabat untuk bayar PTPTN anak dia.

Situasi di atas akan mewujudkan suasana yang cergas. 1 sms membawa 10% kebahagiaan. Bayangkan 10 sms per day?


4) Hala Tuju

Sesungguhnya tips ini paling penting sekali. Tapi tips ini korang memerlukan satu perasaan dan membuat tindakan yang drastik. Tanya pasangan anda! Nak teruskan lagi ker tidak hubungan ini? Jangan biarkan cinta kita gantung tak bertali sehingga menunggu masa untuk jatuh ke dasar lautan api.

Tanya dia direct hala tuju cinta kita. Jangan kias-kias, nak kias-kias pergilah ke pertandingan bersyair peringkat negeri. Straight to the point, from heart to heart, pertemuan dua mata, pertembungan dua jiwa yang menanti titik noktah! eh! aku plak berkias lol


Ramli :  Ok listen to me sayang. Dengar ayat abang betul-betul. Nak teruskan hubungan percintaan kita tak ni? Ya atau Tidak. Kalau ya jawab ya! Kalau tidak jawab tidak! kalau takder respon dalam masa 60 saat, abang assume tidak from you! *kata Ramli dengan mata berkaca tatkala menanggung takungan air mata yang bakal gugur*

Ramlah : Tidak! tidak tidak! tidakkkkkk, Ramlah tidak sanggup hidup tanpa abang! Ramlah nak hubungan kita berakhir ke jinjang pelamin dan sehidup semati dengan abang! Sayang sanggup tunggu abang sampai dengusan nafas terakhir sayang! sekali sayang cakap ya, there will never be no! Ya sayang nak hidup bersama abang dan tidak sanggup kehilangan abang.

Ramli : *pengsan dengan takungan air mata berguguran*

Keesokannya Ramli menemui keluarga Ramlah bagi memberitahu hajatnya untuk menikahi Ramlah. Turut kelihatan Pak Imam yang tersenyum nipis. Pak Imam mencelah sambil berkata...

Pak Imam : esok jangan lupa ya li, teman pak cik gi bayar PTPTN anak pak cik.



Ayah Ramli, Pak Imam, Ayah Ramlah

23 July 2012

4 Tips untuk gagal bercinta.

Di sini aku nak kongsikan tips-tips yang menarik agar anda gagal bercinta. Tips sangat mudah dan efisyen serta mesra rakyat. Untuk pengetahuan, success rate untuk tips ini hampir 98% ini dibuktikan oleh student-student aku sebelum ini.


Best Tumblr love quotes from Tumblr, Xanga, Weheartit - Love quotes Tumblr



1) Selalu cari pasal dengan alasan yang tak munasabah
Buat ini tak kena, buat itu pun tak kena, serba tak kena. Selalulah cari pasal dengan pasangan anda. Kalau boleh amalkan alasan-alasan yang tak munasabah seperti berikut.

BF : Saya tak suka tengok u naik bas, saya mohon lain kali pergi kuliah jalan kaki. Kalau tak kita putus!

BF : I tak sukalah tengok u asyik makan menu nasi goreng jer. Apekata u tukar menu lain atau kita jadi kawan biasa!

BF : Kalau u masih berdegil tak tukar wallpaper kepada gambar i. Kita putus! ape kes u letak wallpaper gambar dekan fakulti kita?! tak hensem lagi ker saya?

2) Selalu buat dia rasa terasing.
Time korang pergi dating jangan cakap apa-apa walau sepatah pom. Kalau naik kereta jangan berbual  walau sepatah pun, pastikan hanya bunyi ekzos kereta sahaja yang menemani perjalanan korang sehinggalah sampai ke destinasi. Nescaya dia kan bosan dan tinggalkan anda selepas anda keluar dari kereta.

3) Selalu cakap dengan suara yang tinggi
Cara ini agak berkesan sebab wanita ni hatinya sangat lembut dan cepat tersentuh. 1 Tengkingan akan membawa satu gurisan halus di hatinya, bayangkan kalau anda cakap dengan suara tinggi dan bersifat kemarahan setiap hari. Nescaya gurisan-gurisan halus di hatinya akan mempercepatkan proses kemurungannya. 

4) Elakkan berkomunikasi dengan dia.
Cara ini agak klasik dan pernah digunakan pada zaman pemerintahan parameswara dulu kala. Kepada pasangan bercinta komunikasi adalah kunci utama. Kalau kunci utama hilang maka anda akan gagal membuka hati anda pasangan anda. Ader 2 tips penting untuk elakkan berkomunikasi dengan si dia.

i) Lari bila terserempak dengan si dia - bila korang terserempak dengan dia terus lari seolah-olah anda sedang lari dikejar anjing liar. Lakukannya sekerap yang mungkin kerana si dia akan membuat 1 persepsi dan melabelkan anda seorang yang mereng

ii) Gagalkan dengan medium sosial - block dia dari facebook/twitter/blog/skype/ym/bbm. Kalau tak mampu block report dia as a spammer.

08 January 2011

Cemburu seorang lelaki.



Perasaan cemburu merupakan hint yang paling jelas bahawa anda sedang disayangi sepenuh hati oleh pasangan anda.
Mencemburui bukan bereerti marah, namun ia adalah mesej yang halus kepada si dia supaya sentiasa berwaspada dengan gangguan-gangguan secara halus diluar sana.

Cemburu bagi aku ader 2 jenis. Kalau korang ader 47 jenis tu ikut suka korang la.
  • Cemburu untuk kebaikan
  • Cemburu kemudaratan


Cemburu untuk kebaikan

Jika tiada sifat cemburu dalam perhubungan anda, aku dengan secara dukacitanya mengklasifikasikan your relationshiop is failed. Mana taknya, si BF tidak kisah ape yang dibuat oleh GFnya, sampai tak kisah GF dia keluar dengan lelaki lain, bermesra dengan lelaki lain sehingga mencapai tahap animasi rumah tangga dan berwebcam dengan lelaki lain sana sini dengan sesuka hati.


Sampai si GF pun berkata kepada diri sendiri "dia tak kisah ker ape aku buat itu ini atau dia dah completely ignore aku ni." "Ader BF sama mcm takder jer, aper yang aku buat di tak ambik tahu pun what a jerk!"

Selagi tuhan bagi nikmat aku untuk bercakap, aku akan terus bersuara, aku akan terus menegur dan terus mengkritik.
Biar sepahit panadol soluble sekali pun teguran aku, tapi itu adalah solusi yang paling terbaik daripada sunyi sepi mendiamkan diri.

Pastu time ader konflik, mula la dibuka hikayat-hikayat lama kisah buruk GF dia. Lalu dicurahkan bertalu-talu kat muka GF dia. Bila terlalu banyak memendam rasa maka serebrumnya gagal menghasilkan situasi yang rasional lalu menghasilkan output yang kurang enak didengar oleh gegendang telinga iaitu.....

" Kita putus la kalau asyik camni" "Kita Clash! sebab masing-masing macam dah takde komitmen dah kan".


Bukan untuk dilabel sebagai mengongkong, tetapi pepatah zimbabwe utara ade menegaskan bahawa "lolere yui jeleshotakkau gilerr jirankosembelit uiret" yang bermaksud lebih baik menghindari daripada ia sampai ke fasa lain yang lebih teruk.


"Better Safe Than Sorry"


Cemburu kemudaratan

Ini yang paling teruk, ini yang aku bagi middle finger straight to the face diorang.
Sorry to say, cemburu tahap ini lebih popular dikategorikan sebagai Cemburu buta yang tah apa-apa. Itu tak boleh ini tak boleh semua benda tak boleh. Nak kentut pun kena miss call dulu.

Setiap pergerakan awek anda mestilah dismskan koordinatnya serta gerakan angin sebab takut-takut awek anda curang. Tu menunjukkan anda tidak konfiden dengan awek anda. Bila tiada konfiden macam-macam tanggapan ganjil dan aneh dipersoalkan.

Nak bercakap dengan drebar bas pun kena soal di BF.

BF : Abang nampak ayang sembang dengan drebar bas tadi.
GF : Ya bang, ayang cuma nak tanya jer. Bas ini berhenti ker tak kat fakulti perkuburan, tu jer.
BF : Dah takder lelaki lain ker nak tanya. Tanya la abang ker. sebab abang kan ex-student diploma dalam bidang pengangkutan!.

Agak kelakar bagi lelaki yang mengongkong aweknya 24 jam.
dan agak kelakar bagi awek yang boleh tahan dengan perangai lelaki 24 jam macam tu.

p/s : I'm not a perfect guy . Never. But i will try my best, and my best is just for you.

21 December 2010

5 Perkara Romantik perlu Dibuat Ketika Bercinta.

Saper-saper yang ader masalah peti sejuk? sila update driver peti sejuk anda.
Hari ini aku akan bongkarkan rahsia untuk menjadi Romantik.

Hanya perlu ikuti 5 langkah mudah ini untuk memikat hati pasangan anda.
Pasti pasangan anda kagum dengan cara anda dan makin sayang kepada anda,yang unik dan ekzotik. Dan jangan lupa bagi credit kat aku yang bersusah payah share rahsia agung aku ni.

Sila baca dengan teliti, kalau boleh baca dengan nada serius. Sebab rahsia-rahsia aku ni semuanya serius-merius belaka.



Berjalan-jalan tepi pantai bersama-sama.
Yang tak biasa orang buat : Berjalan-jalan tepi paya atau parit bersama kekasih.
Sebab : menyedarkan kekasih bahawa pantai tak semestinya tempat yang indah sebab parit atau paya juga mempunyai unsur-unsur semulajadi yang abstrak dan dinamik. Maka, kekasih anda akan beranggapan anda seorang yang cintakan alam semula jadi, sebab orang yang cintakan alam ader kaitan dengan suka ke budak-budak. kait ker? ha ha ha


Makan bersama-sama.
Yang tak biasa orang buat : Setiap kali singgah kat kedai makan bersama pasangan anda, mintak senarai menu makanan dari pelayan dan jangan pesan makanan tersebut.
Sebab : supaya dapat bercerita kepada pasangan anda tentang sejarah nasi goreng,mee goreng, mee rebus dan sampai lah habis menu. Jangan lupa bercerita pasal nutrisi-nutrisi dan kebaikan makanan tersebut. Ini berjaya membangkitkan pengetahuan tentang makanan-makanan di malaysia. Justeru, kekasih anda menganggap anda seorang berfikiran luas dan berpengetahuan tinggi.



Hadiahkan bunga kepada pasangan.
Yang tak biasa orang buat : Tolong jangan jadi typical people, bagi bunga ini memang dah outdated sangat, cara yang terbaik adalah bagi benih bunga.
Sebab : aku yakin pasangan kamu akan terpinga-pinga kenapa bagi benih bunga? Lama-lama dia akan faham sebab, bermulanya manusia di muka bumi ini adalah dengan benih juga. Walaupun agak extreme pendekatan ini tapi kesannya memang panjang. Jika kekasih anda seorang yang lambat pick-up, lupakan cara ini.


Bermain gitar di tepi air terjun.
Yang tak biasa orang buat : Pendekatan ini aku tweak skit, mainkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan kepada kekasih anda mcm lagu bila izrail datang memanggil atau demi masa, lepas nyanyi bagitau ker kekasih anda, supaya balik dengan teksi.
Sebab : kenapa suruh dia naik teksi? supaya dia dapat menghayati balik aper yang cuba disampaikan oleh anda melalui petikan gitar anda dan nyanyian anda, kalau balik bersama-sama pasti dia akan lupa apa yang anda sampaikan tu, sesuatu yang baik memerlukan pengasingan sementara waktu. Kalau kekasih anda seseorang yang sensitif, jangan amalkan cara ini.


Kejutan hari jadi kepadanya.
Yang tak biasa orang buat : "surprise bithday!" rata-rata perempuan memang sukakan kejutan-kejutan camni . Untuk nampak lebih romantika malaya lagi, time surprise birthday bawak 1 rombongan keluarga anda ke rumah kekasih anda. Tiap-tiap kali birthday kekasih anda mestilah disambut dengan 1 keluarga yang seakan-akan menunjukkan ader majlis berkhatan beramai-ramai.
Sebab : dengan wujudnya penglibatan dua keluarga dalam birthday, hari jadi kekasih anda akan jadi lebih bermakna dan berjaya mengelakkan terjadinya maksiat yang tidak diingini. lupakan potong-potong kek dan tiup lilin! tu bukan cara agama kita, buat doa selamat dan bacaan yasin baru hubungan akan sentiasa diberkati Allah swt.

03 December 2010

Kentalkan jiwa selepas Putus Chenta.

Usahlar berchenta jika tidak mampu menahan keperitannya.
Timkai? pasal aper? pasaipa? why?.
Broken heart, heart broken, putus kasih, hati merekah, putus tali brek, terputus bekalan elektrik? merupakan hal-hal yang berkaitan kepada orang yang terputus cinta mahupun yang sengaja memutuskannya atas desakan Pengerusi PIBG sekolah.


Memang tak dinafikan putus cinta akan jadi perit bagai disambar sang halilintar, jika kita terus menerus berperasaan sedemikian.

Kalau diberi pilihan perasaan putus cinta dengan perasaan dilamun cinta. Aku rasa impak dan kesannya bagi yang putus cinta ni, lebih dahsyat dari yang sedang dilamun cinta.

Come on big boy. Pergi kat cermin dan tengok dalam-sedalamnya muka ko yang broken heart tu. Pastu cakap kat diri ko dengan nada serius. "ohhh muka ni lar duk bersedih siang malam pasal cinta. Muka ni lar yang membuatkan hati aku yang suci murni jadi gundah gulana akibat cinta. Dan aku xkan patah semangat,patah hati psl cinta ni. Anggaplah kisah cinta kita ni sebagai satu batu loncatan bagi aku untuk jadi kuat kuat dan terus kuat untuk meneruskan kehidupan aku ni. Yeah aku sudah bersemangat! sayaa menang motor!!!". kata aku kepada reflection wajah aku pada cermin yang innocent itu.

Maklumlar, sebelum ni masa kita banyak, bukan banyak tapi banyak sangat diisi dengan si dia.
Nak tido pun bergoodbye, " tido dlu yer syg. Pukul 6.20 am kejutkan abang solat subuh berjemaah"
nak gi sini pun kena hantar report, nak pergi jauh2 ader orang tolong wish. "hati2 yer taw", "jaga diri ye sayang", "take care darling". "bawak elok-elok yer bot tambang tu."
nak drive pun kena bagi tau dia jugak. "Sayang, abang tekan gear 1 dulu yer. Pastu gear 2 plak dan seterusnya."
pendek kata memang tak boleh berenggang langsung. Jarak dengan si dia almost 3cm bila berjumpe.



Nak melupakan kenangan yang menggamit memori dengan si dia memang payah. Kita asyik nasihat kt member kita " dah-dah lar, lupakan awek ko tu. Kumbang bukan seekor. Mesin jahit bukan sekuntum."

bagi nasihat tu bagus. kudos to him, tapi si penanggung aka yang putus cinta tu je la tau camne gelora jiwa dia yang melambai-lambai keperitan ditinggalkan orang yang tersayang.


Tapi, bila dia sudah tiada... (baca ikut rentak lagu hujan - bila aku sudah tiada)

Bila dia sudah tiada...
Simpan semua gambarmu jangan ditilik selalu.
mungkin itu sementara...
bila jumpe penggantiku, jangan dilupakan aku.
(ulang sampai bosan)

.
.
.
.
.
.

28 November 2010

Derita seorang Perindu.



Pernahkah anda merindui seseorang?

bagi aku rindu itu adalah satu anugerah.
rindu boleh membuatkan seseorang itu terkenang-kenang kepada si dia.
dan rindu boleh menyebabkan seseorang menjadi serba x kena dalam kehidupan seharian.
rindu juga boleh membangkitkan kasih sayang kita kepada seseorang.

this strange and gooding feeling is really made us headache if we cant cope it!

rindu yang berpanjangan menyebabkan terjadinya suatu penyakit yang di panggil ANGAU

mungkin kita akan merindui moments2 indah bersama si dia, suara-suara nakal si dia, gelak ketawa dia, mungkin bau-bauan perfume yg si dia guna lololol dan macam-macam lagi. Korang rindu mesti korang tau aper yang asyik dirindukan kan? HAHAHA

tapi x ramai yang mengaku bahawa dia sedang merindui kt seseorang. Eleh, ego kamu tinggi mane lah sanggup nak mengaku. So, pendamlah perasaan tu sampai jadi jeruk yer.

mungkin ader baiknya kalu x bagitau kat orang, sebab takut kena cop syok kat si dia tapi dalam hati memang tengah berperang dengan perasaan rindu merindu tuu.

Tanda-Tanda anda sedang dilanda penyakit rindu :
  • menziarah facebook si dia setiap 12 minit sehari
  • melihat gambar-gambar lama si dia sambil tersenyum
  • membaca sms-sms lama si dia di dalam inbox hp korang, sampai sumer inbox nama dia ajer
  • setiap kali tgk orang awam, asyik terbayang wajah si dia walaupun orang awam itulah hanyalah pekerja-perkerja kontrak binaan atau penjual-penjual air tebu atau peniaga jus jambu batu special.
  • sudah pandai mendengar lagu-lagu jiwang sambil berfantasi bahawa si dia berada di sebelah kamu. Sebab dulu2 asyik dengar lagu ganas2 jer seperti "disaster of the freaking symphony by darkrage metalugila" tapi sekarang dah berubah dah start dengar lagu faizal tahir selamat malam.
  • setiap 3 minit berfikir, dia tu tgh wak aper yer? nak call dia tapi segan! segan segan sampai xder kesudahannya



Ok kalu rindu sajer je kerja, memang x jadi kerja kita kat rumah or asrama or tempat kerja.
ape kata kita bersepakat dan bersatu padu untuk membincangkan cara-cara untuk mengatasi masalah rindu windu yindu nim :)

Cara-Cara mengatasi penyakit rindu :
  • banyakkan bersabar dan bahawa sesungguhnya korang sumer bukan dari golongan yang bersabar hahaha
  • menyibukkan diri dengan aktiviti2 yang memerlukan daya pemikiran seperti mengepam tayar motor JKKK kampung, membasuh lampu isyarat, memotong rumput menggunakan pemotong kuku serta membasuh kopiah tok imam secara melulu, nescaya rindu kamu kat si dia berjaya di minimalkan. nak hapuskan susah rindu tu, tapi minimalkan tu kira orait la kan?
  • beranikan diri menelefon si dia walaupun dengan perkataan "hi" ataupun "hello awop!, saya rindu awop, buatla sesuatu" atau " awop tahu x , finland sedang mengalami musim salji" walaupun soalan yang x berkaitan tapi anda sudah berkomunikasi dengan orang yang kamu rindui, so hilang lar 43.75% masalah rindu tu.
  • ni cara paling afdal dan diyakini berkesan----> kahwin la dengan si dia cepat2 baru leh buat anak banyak2 kan. So barulah bahagia rumah tangga yang diredhai Allah. Xder rindu-rindu lagi dah pastu, sebab dia dah tidur sebelah awop atas katil bersama-sama. Kalau rindu lagi xtau lar aku nak wak aper =.=
.
.
.
.
.
.

23 November 2010

The emotional blow

First of all, we are not alone out there. People have suffered from broken hearts back through hundreds of years.

Knowing that other people have had this problem too, and survived, gives you comfort and strength to hang in there.



I'm going to smile and make you think I'm happy, I'm going to laugh, so you don't see me cry, I'm going to let you go in style, and even if it kills me, I'm going to smile.




So
Save your heart
for someone
who cares.



p/s : entry ni xdop kaitan dgn aku :P

.
.
.
.
.
.

14 November 2010

Kadang2 kita malu nak mengaku....


memang typical human digelar keyboard warrior.
berani di dalam dunia virtual dan kecut di dunia realiti.

berchatting dgn orang yang kita minat memang la syokkan.
usik dia sana-sini dalam mesengger tanya serba serbi itu ini.

"dah makan ker lum" "duk wak aper tu" "dah basuh kereta jiran ker hari ni?" "hari ni masak lauk aper" "tak baiki lampu brek ker ari ni" "KWSP ayah kau ader braper?" dan macam-macam lagi lah.

tapi bila jumpe face to face, person to person, eyes to eyes. Otomatisnya jadi maluuuuuu.
lutut terketar-ketar halus, perasaan bergelora bak ombak dipukul badai, pertuturan jadi lagging dan buffering. Menggaru-garu kepala atau sideburn yang tak gatal.

adat manusia la tu, tidak semua yang berani meluahkan hasrat terpendam kepada seseorang yang diminati.

mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut.
  • takut direject on the spot.
  • malu nak beritahu yang kita minat dia.
  • tiada confiden level.
  • xnak dia tau yang kita minat dia, lepas si dia kena kebas baru korang melopong!
  • malu malu dan malu yang tiada kesudahan.

hik hik hik.
ajuvatingting!

.
.
.
.
.
.

09 October 2010

Every moment spent with you......





"Well, every moment spent with you
Is a moment I treasure..."


"I don't wanna close my eyes
I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, babe
And I don't wanna miss a thing"


Permulaan entry yang agak jiwang kan?


Setiap kali bersama dengan orang yang tersayang, hargailah setiap detik bersamanya. Hargailah dia seadanya untuk anda isilah sedikit masa untuk bersamanya,

Walaupun sekejab, hanya untuk bertanya khabar sahaja tapi ia sudah cukup bermakna dan memberi impak yang mendalam kepada si dia.

Justeru, dia akan sentiasa gembira kerana sering dihargai,disayangi, dan dicintai selama 25 jam sehari lolool. uangkan sentimen2 ayat yang selalu mengatakan di benak fikiran iaitu "tetapi ku bimbang..... untuk menyatakan"

Jika anda mempunyai pasangan.

Sentiasalah gembirakan hatinya kerana sekali dia menerima cinta anda selamanya dia akan memberikan yang terbaik untuk anda. Cinta bukan hanya pada dasar nama tapi selamilah maksudnya di dalam jiwa kita. Cintailah dia dengan sesungguh hati.


JIKA menghadapi konflik, janganlah sesekali memendamkannya, kumpul2 masalah sampai berguni2. Terlalu banyak sangat makan hati boleh mengganggu fikiran kita.

Kalau boleh bersemukalah dengan si dia face to face terangkan 1 per satu dari A sampai Z, dari 1 sampai 10, dari alif sampai ya, dari utara sampai selatan,
dari banjaran himalaya ke banjaran crocker.


Ramai yang duk komplen "buat aper bercinta...buat sakit jiwa jer"...."buat aper bercinta...better single jer..x kusut sangat kepala".

Frankly, aku respect diorang punya decision. Maybe certain people love to stick with the single status. Maybe some of them said those, after they got dumped. Well that's could be nightmare to them.

Maybe they need some little times to recover back their heart which has been shatterly broken.

Secara hakikinya, cinta adalah benda terawal yang wujud dalam sejarah peradaban manusia. Turunnya Hawa untuk mencintai adam yang kesunyian di dunia ini. Mereka saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

"LOVE can be suck..if you love the WRONG person"
"Sesuatu yang tak disangka....seringkali mendatangi kita.....itukah suratan dalam kehidupan?"

Let's take a look at bright side banyak yang korang dapat memperbaiki kelemahan diri anda setelah bergelumang seribu satu macam dengan WRONG person itu. Hopefully, your weakest link could be YOUR STRONGEST link.

Mungkin kat situ, korang dapat memperbaiki kelemahan diri dan mempertingkatkan confident level untuk fasa-fasa yang mendatang seterusnya dalam kehidupan yang mencabar ini.