27 December 2009

Spesis-spesis manusia yang patut dikenali di Universiti EP-2


Ok kita kembali ke episod-2.....

baca article ni dengan nada serius


ok..ari ni aku nak huraikan pecahan-pecahan spesis manusia yang patut anda kenali di Universiti:

MAT PAU

Mat Pau adalah satu spesis yg hebat dan mempunyai abilities meminta makanan dan barang secara pukal dan berkesan.Golongan ini adalah spesis yg ramah mesra dengan orang ramai.Mereka juga akan mengepau dgn perlbagai sumber seperti makanan,minuman,Rokok, dan sebagainya.

Golongan ini mempunyai jadual2 perancangan tertentu dan strategi yang terancang seperti :
  • Hari ahad Paw Necafe 3 in 1 kat member aras 1
  • Hari Isnin Paw Rokok dgn member top floor
  • Hari Selasa Paw Maggi dgn aras tengah2
  • Hari Rabu paw nasi dgn pekerja bangunan...kdg2 diorang mintak teh ais
Mereka juga hebat berbicara dan kadang-kadang.... mereka yang memberi akan berasa kasihan melihat raut muka pengepau ini.

Pengepau juga telah dilatih dgn facial2 expression tertentu bagi meningkatkan lagi tahap peri kemanusiaan daripada pemberi.Mereka juga banyak mempunyai banyak koleksi kisah2 sedih bagi menarik perhatian pemberi.Kalau dibukukan dah boleh buat satu perpustakaan mini di kolej.

Mereka juga di kenali sbg para ninja kerana bertindak tanpa disedari oleh pancaindera normal.





Mat Repeaters/Otai

Mat Repeaters/Otai adalah spesis yang paling senior dalam persekitaran Universiti.Mereka juga mempunyai kebolehan belajar dengan jangka masa yang lama dan selalu gagal dalam subjek tertentu.

Penampilan mereka nampak sempoi dan sekali imbas mirip rupa seakan2 lecturer/faello ....kerana terlalu banyak ion2 positif dan negatif yang diserap akibat terlalu lama belajar di universiti.

Mereka jugak orang yang paling banyak cerita negative pasal lecturer-lecturer yang ada dalam uni kamu.

“Engkau ambik Kalkulus dengan Dr Karim eh? Habis la engkau. Mamat tu ngajar macam tah aper2! Tak paham aku..aku syorkan korang buat persediaan untuk gagal lar...budak2 batch aku ramai gagal!!...kadang2 kitaorang main takraw dalam kelas...sebab kelas dia boring!”

MACAM MANA NAK KENAL MAT EXTEND?

  • Muka dekat kad matrik tak sama dengan muka diorang sekarang pasal gambar tu ambik 6 tahun lepas dan kadang2 kad matrik dia lusuh dan pudar warnanya.Mungkin korang ingat di gantung road tax motor kat leher dia.
  • Bila dia hilang one day dari kolej korang terfikir. Dia tu dah grad ke atau dah kena tendang?



MAT Tak-Lekat-Kat-Bilik

MAT Tak-Lekat-Kat-Bilik ini adalah satu spesis yang jarang berada di biliknya sendiri.Mereka sering memanfaatkan konsep cuti-cuti Malaysia seperti mengunjungi bilik-bilik rakan kolej dan lebih teruk mereka akan buat PC/Laptop korang mcm harta diorang sendiri...

Dan korang akan berasa tertekan hingga ke tahap ingin menghempuk lampu brek bas kat kepala kawan korang tu.....

biasanya diorang berpegang kepada gagasan "Hartamu, Hartaku jua....."
dan mereka juga disenangi kerana mereka akan menjadi peneman kepada anda sepanjang masa.


to be continue....

6 comments:

Anonymous said...

lol, aku bleh letok name kat sorang2 mat tu... haha... request mat bahagia plz.... :D 33th

THE ZUL said...

hahahahahaa....
kalu aku letok sure aku kena kick dari kolej.....

mehh arr tlg sambung ep-3....

Mohd Azmi said...

tak sangka zul lebih kreatif dari yang aku sangkakan....

apa pun teruskan dengan bahagian 3

MrAbey89 said...

genap sebulan tggu zul.. Bile agi ni..???
De stu agi prmintaan.. Mat Cabal.. cmne tu..?? Ltak bhgian 3 nnti..

citah bukan mazid said...

mat ponteng class xde ker?

THE ZUL said...

hahah...mende2 cmni kena buat ikut mood....tggulah time cuti sem panjang.....hahahahartanah