18 October 2013

Titik terakhir sebuah Diari usang.

Hai semua, ok terus kepada objektif utama aku nak sampaikan. 28 Oktober 2013 adalah tarikh yang aku akan mengalami satu peristiwa konvokesyen di UPM dan berakhirlah dunia belajar aku.

Aku tanya kepada aku. Kenapa-kenapa aku rasa macam entah ape-ape jer. Perasaan macam seronok tidak muncul menjelang konvokesyen. Adakah disebabkan ade sesuatu yang aku rasa perlu disempurnakan sebelum konvo? Atau mungkin terdapat satu persoalan yang aku tak boleh teka dengan naluri kasar dan pandangan fizikal aku.

Aku memang tidak suka hipokrit yakni berpura-pura dengan perasaan palsu. Tetapi hakikatnya aku akan mengambil skrol tersebut. Terima kasih pada semua yang banyak tolong aku sepanjang 4 tahun berada di UPM.


Masa depan aku masih dalam keadaan seperti telur rebus yang belum dikupas. Kenapa kita perlu bekerja? sebab kita nak duit dan ade juga kata duit dan pengalaman. Tidak kurang juga kata duit,pengalaman dan mendapat kenalan. Oleh itu, lepas konvo marilah mencari kerja secara agresif dan serius.

Kadang-kadang aku terfikir istiadat konvokesyen ni mcm salah satu agenda Freemason. Ia boleh dilihat dari segi pemakaiannya(Jubah) dan istiadat pemberian skrol.

22 July 2013

Di Saat Hujan Turun.

Hamdan kebosanan. Dia mundar mandir di ruang tamu lalu menuju ke motornya. Dia hidupkan motornya dan menaikinya. Sampai di hujung pagar rumah lalu dia berkata.

" Kenapa semua wanita sukar memahami perasaan ku? "

Lalu di bawa motornya berlalu sepi memecah hening kesunyiannya kampungnya. Dia berhenti sekejap di taman yang sunyi tanpa kehadiran manusia. Sesunyi hatinya tanpa teman yang memahami isi hatinya. Dia duduk atas kerusi lalu memandang ke arah tasik. Terasa satu sensasi ketenangan melihat keadaan taman tanpa penghuni tatkala waktu mendetik jam 2.50 pagi.

Hujan turun renyai-renyai. Hamdan basah tetapi biarlah dia terus basah. Dia tidak peduli. Dia masih berkeras dan terus duduk di atas bangku. Hujan terus menghempas ke jasad Hamdan. Baginya satu keseronokan bila berada dalam hujan. Seolah-olah perasaannya berirama dengan titisan hujan hinggap ke jasadnya.

Tiba-tiba muncul kelibat wanita berpayung yang tidak jauh dari Hamdan. Kira-kira dalam 50 meter. Hamdan menjerit dalam keadaan gementar.

" Awak buat aper tengah-tengah malam buta kat sini?
" Hujan kan ni awak, pergilah balik! "




Wanita itu dengan tiba-tiba mencampakkan payung lalu memandang tepat ke arah muka Hamdan. Dalam keadaan basah kuyup, wanita itu berjalan perlahan-perlahan ke arah Hamdan yang kebasahan juga di atas bangku di taman.

Hamdan menjerit " Sudahlah awak, tak payah pergi kat saya lagi. Cukuplah dengan permainan awak. Walaupun pun awak berpayung tapi hujan tetap turun. Turunnya sentiasa ke bawah.

" Begitulah perasaan saya terhadap awak sentiasa bergerak ke arah arah yang sama. Saya konsisten. "

Wanita itu perlahan-perlahan duduk di sebelah Hamdan lalu berkata dengan nada perlahan.

" Kalau boleh, saya nak basah bersama-sama awak. "

Perlahan-lahan Hamdan bangun lalu pergi mengambil payung yang dicampak oleh wanita tersebut. .

Hamdan berlalu pergi dengan payung yang dicampakkan oleh wanita tersebut. Hamdan berjalan perlahan lalu meninggalkan taman di saat hujan turun.

Wanita itu memandang perlahan ke arah Hamdan lalu berkata " Saya kuat untuk menghadapi semua ini tanpa awak.

" Tapi saya masih sayangkan awak. Rindu awak. "





30 May 2013

Tips Terpenting Untuk Menyegarkan Hubungan Yang Suram.

Sudah lama kita terdiam kan.
Sudah terlalu lama kita tenggelam dalam gelisah yang tak teredah.



Hari ni aku dengan rasa senang hati nak berkongsi dengan anda. iaitu Anda Anda yang sedang bercinta, bakal bercinta,telah bercinta dan yang tak akan bercinta. Tips yang aku bagi ni pernah digunakan oleh masyarakat dulu kala iaitu sebelum terbinanya Tajmahal.

Bagi aku sesuatu itu ilmu itu tak akan berkembang jika kita tidak berkongsi dengan masyarakat.

Hari ini,tika ini,saat ini aku nak kongsikan bagaimana sesuatu hubungan percintaan yang terjalin sekian lama akan berputik seakan menjadi satu percintaan yang indah dan penuh makna.

Aku nak kongsi 4 Tips terpenting  Untuk Menyegarkan Hubungan Yang Suram.

1) Komunikasi adalah Kunci

Dalam mana-mana hubungan kegagalan komunikasi adalah salah satu penyebab di mana berlakunya keretakan sesuatu hubungan. Hidupkan komunikasi dengan pasangan anda. Jangan biarkan sesuatu pertemuaan jadi seperti pertandingan catur di mana berlakunya komunikasi tanpa suara.

Ramli : Ape masalah bas tu sayang? dari tadi tersengguk-sengguk abang tengok. Adakah disebabkan masalah engin yang teruk?
Ramlah : tah lah.
Ramli : Sayang, kalau abang sambung belajar dan ambik kos Perkuburan dan Masyarakat agak-agak relevan tak dengan kelulusan abang?
Ramlah :
Ramli : Sayang, kenapa sayang buffering bila abang tanya?

Situasi di atas menunjukkan situasi perbualan yang tidak memberi sebarang unsur positif dalam suatu hubungan.


2) Turunkan Egomu

Ego memang terkenal dengan lelaki dan tidak lupa juga pada wanita. Suatu masalah tak akan selesai kalau dua-dua keras kepala. Hubungan yang suram adalah hubungan yang dipenuhi dengan pergaduhan. Masing-masing keras kepala, tak mau mengalah.

Ramli : Abang rasa sayang patut mintak maaf ke abang. ade ke patut sayang tuduh abang mengorat makcik cleaner tu. Abang puji je baju dia cantik dia hari ni, dia pakai kebaya ari ni kan.
Ramlah : Sayang tahu abang syok kat dia kan. Abang patut mintak maaf ke sayang! ade ke patut abang marah polis trafik semalam. Sayang just angkat tangan jer sebab dia bagi laluan.
Ramli : Abang syak polis trafik ni syok kat awak lah! lain macam je sengih dia.

Situasi di atas adalah sesi salah menyalahkan. Luaskan egomu!


3) Ambik Berat

Pasangan mestilah saling take care,take note antara satu sama lain. Perempuan sangat suka lelaki yang caring dan diingatkan kepada lelaki jangan jadi terlebih caring plak. rimas dia nanti. Hidupkan suasana ini balik ya. Pasti pasangan anda terkejut!



cukuplah sekadar sms dan kalau ade kredit yang banyak call pun boleh.

Ramli : Morning sayang, abang nak gi masjid dulu. Baiki atap. Pak imam tak leh datang sebab gi bayar PTPTN anak dia.
Ramlah : Abang dah makan belum?sayang tengah order nasi goreng dengan telur dadar ni. Ramai gila orang abang! sayang rimas la. Pekerja ni asyik pandang sayang je. Tau la ari ni sayang pakai baju kurung teluk belanga kaler putih.
Ramli : Sayang, abang tak jadi pergi masjid. Pak imam suruh tolong temankan dia pergi pejabat untuk bayar PTPTN anak dia.

Situasi di atas akan mewujudkan suasana yang cergas. 1 sms membawa 10% kebahagiaan. Bayangkan 10 sms per day?


4) Hala Tuju

Sesungguhnya tips ini paling penting sekali. Tapi tips ini korang memerlukan satu perasaan dan membuat tindakan yang drastik. Tanya pasangan anda! Nak teruskan lagi ker tidak hubungan ini? Jangan biarkan cinta kita gantung tak bertali sehingga menunggu masa untuk jatuh ke dasar lautan api.

Tanya dia direct hala tuju cinta kita. Jangan kias-kias, nak kias-kias pergilah ke pertandingan bersyair peringkat negeri. Straight to the point, from heart to heart, pertemuan dua mata, pertembungan dua jiwa yang menanti titik noktah! eh! aku plak berkias lol


Ramli :  Ok listen to me sayang. Dengar ayat abang betul-betul. Nak teruskan hubungan percintaan kita tak ni? Ya atau Tidak. Kalau ya jawab ya! Kalau tidak jawab tidak! kalau takder respon dalam masa 60 saat, abang assume tidak from you! *kata Ramli dengan mata berkaca tatkala menanggung takungan air mata yang bakal gugur*

Ramlah : Tidak! tidak tidak! tidakkkkkk, Ramlah tidak sanggup hidup tanpa abang! Ramlah nak hubungan kita berakhir ke jinjang pelamin dan sehidup semati dengan abang! Sayang sanggup tunggu abang sampai dengusan nafas terakhir sayang! sekali sayang cakap ya, there will never be no! Ya sayang nak hidup bersama abang dan tidak sanggup kehilangan abang.

Ramli : *pengsan dengan takungan air mata berguguran*

Keesokannya Ramli menemui keluarga Ramlah bagi memberitahu hajatnya untuk menikahi Ramlah. Turut kelihatan Pak Imam yang tersenyum nipis. Pak Imam mencelah sambil berkata...

Pak Imam : esok jangan lupa ya li, teman pak cik gi bayar PTPTN anak pak cik.



Ayah Ramli, Pak Imam, Ayah Ramlah

20 May 2013

Percaturan Hidup versi akustik.

Salam semua rakyat jelata dan pengikut tegar TZW.

Rasanya dah lama aku tidak kemaskini blog ni. Kesian terbiar camtu jer. Bak kata pepatah, pergi tak dijemput, pulang tak dihalau. Begitulah juga seorang forevaa aluuuun,

Sebenarnya banyak benda berlaku dalam hidup aku dan keadaan sekeliling.

Pengajian aku di UPM tinggal lagi 2 minggu iaitu di mana kuliah akan berakhir. Untuk pengetahuan anda semua, aku sedang berada di semester akhir di UPM. Lepas ini dah masuk ke alam lain dah. Dah malas sambung belajar, dah tak larat membaca,menghafal dan sebagainya

Lepas ini aku nak cari kerja plop! tak kisah kerja apa-apa pun janji halal dan diberkali oleh Allah.

Tengoklah, kalau ader masa aku akan kongsikan benda-benda menarik kat korang semua.

hehehe

hehehe

hehehe

terdapat 3 perkataan hehehe di atas membawa maksud aku tak tau nak tulis ape. Tapi tunggu nantikan kemunculan. Kemunculan ape? Tunggu ok. Bukan esok, bukan minggu depan tapi tunggu.