23 July 2012

4 Tips untuk gagal bercinta.

Di sini aku nak kongsikan tips-tips yang menarik agar anda gagal bercinta. Tips sangat mudah dan efisyen serta mesra rakyat. Untuk pengetahuan, success rate untuk tips ini hampir 98% ini dibuktikan oleh student-student aku sebelum ini.


Best Tumblr love quotes from Tumblr, Xanga, Weheartit - Love quotes Tumblr



1) Selalu cari pasal dengan alasan yang tak munasabah
Buat ini tak kena, buat itu pun tak kena, serba tak kena. Selalulah cari pasal dengan pasangan anda. Kalau boleh amalkan alasan-alasan yang tak munasabah seperti berikut.

BF : Saya tak suka tengok u naik bas, saya mohon lain kali pergi kuliah jalan kaki. Kalau tak kita putus!

BF : I tak sukalah tengok u asyik makan menu nasi goreng jer. Apekata u tukar menu lain atau kita jadi kawan biasa!

BF : Kalau u masih berdegil tak tukar wallpaper kepada gambar i. Kita putus! ape kes u letak wallpaper gambar dekan fakulti kita?! tak hensem lagi ker saya?

2) Selalu buat dia rasa terasing.
Time korang pergi dating jangan cakap apa-apa walau sepatah pom. Kalau naik kereta jangan berbual  walau sepatah pun, pastikan hanya bunyi ekzos kereta sahaja yang menemani perjalanan korang sehinggalah sampai ke destinasi. Nescaya dia kan bosan dan tinggalkan anda selepas anda keluar dari kereta.

3) Selalu cakap dengan suara yang tinggi
Cara ini agak berkesan sebab wanita ni hatinya sangat lembut dan cepat tersentuh. 1 Tengkingan akan membawa satu gurisan halus di hatinya, bayangkan kalau anda cakap dengan suara tinggi dan bersifat kemarahan setiap hari. Nescaya gurisan-gurisan halus di hatinya akan mempercepatkan proses kemurungannya. 

4) Elakkan berkomunikasi dengan dia.
Cara ini agak klasik dan pernah digunakan pada zaman pemerintahan parameswara dulu kala. Kepada pasangan bercinta komunikasi adalah kunci utama. Kalau kunci utama hilang maka anda akan gagal membuka hati anda pasangan anda. Ader 2 tips penting untuk elakkan berkomunikasi dengan si dia.

i) Lari bila terserempak dengan si dia - bila korang terserempak dengan dia terus lari seolah-olah anda sedang lari dikejar anjing liar. Lakukannya sekerap yang mungkin kerana si dia akan membuat 1 persepsi dan melabelkan anda seorang yang mereng

ii) Gagalkan dengan medium sosial - block dia dari facebook/twitter/blog/skype/ym/bbm. Kalau tak mampu block report dia as a spammer.

7 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

mak aii
giler kejam punya tips

sebenak said...

Cun..

sebenak said...

Cun..

Sheda ucu said...

kijam weh awak la yg mengajar sume nih eyhh boikot2 hihihihihi

Wan Ahmad Izudean said...

aku suka no4. terbaik. mendiamkan diri :P

Silent Note said...

ada gak orang nak gagalkan dalam percintaan...hahaha

jom join pertandingan mencipta logo.
hadiah menarik menanti anda..

http://bahrain-info.blogspot.com/p/pertandingan-mencipta-logo.html

✿Lady Ainaa✿ said...

hahaha, memang tips nie rak elok, tp sememangnya itu menyebabkan pasangan seseorang tu bergelora.... hehehe nice