30 May 2013

Tips Terpenting Untuk Menyegarkan Hubungan Yang Suram.

Sudah lama kita terdiam kan.
Sudah terlalu lama kita tenggelam dalam gelisah yang tak teredah.



Hari ni aku dengan rasa senang hati nak berkongsi dengan anda. iaitu Anda Anda yang sedang bercinta, bakal bercinta,telah bercinta dan yang tak akan bercinta. Tips yang aku bagi ni pernah digunakan oleh masyarakat dulu kala iaitu sebelum terbinanya Tajmahal.

Bagi aku sesuatu itu ilmu itu tak akan berkembang jika kita tidak berkongsi dengan masyarakat.

Hari ini,tika ini,saat ini aku nak kongsikan bagaimana sesuatu hubungan percintaan yang terjalin sekian lama akan berputik seakan menjadi satu percintaan yang indah dan penuh makna.

Aku nak kongsi 4 Tips terpenting  Untuk Menyegarkan Hubungan Yang Suram.

1) Komunikasi adalah Kunci

Dalam mana-mana hubungan kegagalan komunikasi adalah salah satu penyebab di mana berlakunya keretakan sesuatu hubungan. Hidupkan komunikasi dengan pasangan anda. Jangan biarkan sesuatu pertemuaan jadi seperti pertandingan catur di mana berlakunya komunikasi tanpa suara.

Ramli : Ape masalah bas tu sayang? dari tadi tersengguk-sengguk abang tengok. Adakah disebabkan masalah engin yang teruk?
Ramlah : tah lah.
Ramli : Sayang, kalau abang sambung belajar dan ambik kos Perkuburan dan Masyarakat agak-agak relevan tak dengan kelulusan abang?
Ramlah :
Ramli : Sayang, kenapa sayang buffering bila abang tanya?

Situasi di atas menunjukkan situasi perbualan yang tidak memberi sebarang unsur positif dalam suatu hubungan.


2) Turunkan Egomu

Ego memang terkenal dengan lelaki dan tidak lupa juga pada wanita. Suatu masalah tak akan selesai kalau dua-dua keras kepala. Hubungan yang suram adalah hubungan yang dipenuhi dengan pergaduhan. Masing-masing keras kepala, tak mau mengalah.

Ramli : Abang rasa sayang patut mintak maaf ke abang. ade ke patut sayang tuduh abang mengorat makcik cleaner tu. Abang puji je baju dia cantik dia hari ni, dia pakai kebaya ari ni kan.
Ramlah : Sayang tahu abang syok kat dia kan. Abang patut mintak maaf ke sayang! ade ke patut abang marah polis trafik semalam. Sayang just angkat tangan jer sebab dia bagi laluan.
Ramli : Abang syak polis trafik ni syok kat awak lah! lain macam je sengih dia.

Situasi di atas adalah sesi salah menyalahkan. Luaskan egomu!


3) Ambik Berat

Pasangan mestilah saling take care,take note antara satu sama lain. Perempuan sangat suka lelaki yang caring dan diingatkan kepada lelaki jangan jadi terlebih caring plak. rimas dia nanti. Hidupkan suasana ini balik ya. Pasti pasangan anda terkejut!



cukuplah sekadar sms dan kalau ade kredit yang banyak call pun boleh.

Ramli : Morning sayang, abang nak gi masjid dulu. Baiki atap. Pak imam tak leh datang sebab gi bayar PTPTN anak dia.
Ramlah : Abang dah makan belum?sayang tengah order nasi goreng dengan telur dadar ni. Ramai gila orang abang! sayang rimas la. Pekerja ni asyik pandang sayang je. Tau la ari ni sayang pakai baju kurung teluk belanga kaler putih.
Ramli : Sayang, abang tak jadi pergi masjid. Pak imam suruh tolong temankan dia pergi pejabat untuk bayar PTPTN anak dia.

Situasi di atas akan mewujudkan suasana yang cergas. 1 sms membawa 10% kebahagiaan. Bayangkan 10 sms per day?


4) Hala Tuju

Sesungguhnya tips ini paling penting sekali. Tapi tips ini korang memerlukan satu perasaan dan membuat tindakan yang drastik. Tanya pasangan anda! Nak teruskan lagi ker tidak hubungan ini? Jangan biarkan cinta kita gantung tak bertali sehingga menunggu masa untuk jatuh ke dasar lautan api.

Tanya dia direct hala tuju cinta kita. Jangan kias-kias, nak kias-kias pergilah ke pertandingan bersyair peringkat negeri. Straight to the point, from heart to heart, pertemuan dua mata, pertembungan dua jiwa yang menanti titik noktah! eh! aku plak berkias lol


Ramli :  Ok listen to me sayang. Dengar ayat abang betul-betul. Nak teruskan hubungan percintaan kita tak ni? Ya atau Tidak. Kalau ya jawab ya! Kalau tidak jawab tidak! kalau takder respon dalam masa 60 saat, abang assume tidak from you! *kata Ramli dengan mata berkaca tatkala menanggung takungan air mata yang bakal gugur*

Ramlah : Tidak! tidak tidak! tidakkkkkk, Ramlah tidak sanggup hidup tanpa abang! Ramlah nak hubungan kita berakhir ke jinjang pelamin dan sehidup semati dengan abang! Sayang sanggup tunggu abang sampai dengusan nafas terakhir sayang! sekali sayang cakap ya, there will never be no! Ya sayang nak hidup bersama abang dan tidak sanggup kehilangan abang.

Ramli : *pengsan dengan takungan air mata berguguran*

Keesokannya Ramli menemui keluarga Ramlah bagi memberitahu hajatnya untuk menikahi Ramlah. Turut kelihatan Pak Imam yang tersenyum nipis. Pak Imam mencelah sambil berkata...

Pak Imam : esok jangan lupa ya li, teman pak cik gi bayar PTPTN anak pak cik.



Ayah Ramli, Pak Imam, Ayah Ramlah

4 comments:

MrAbey89 said...

I love it so much dezul.. :D

THE ZUL said...

dude bebeh!

citah bukan mazid said...

great~ hahhaa~

aja said...

Hahah.klako naw..btw,nice info..