20 May 2013

Percaturan Hidup versi akustik.

Salam semua rakyat jelata dan pengikut tegar TZW.

Rasanya dah lama aku tidak kemaskini blog ni. Kesian terbiar camtu jer. Bak kata pepatah, pergi tak dijemput, pulang tak dihalau. Begitulah juga seorang forevaa aluuuun,

Sebenarnya banyak benda berlaku dalam hidup aku dan keadaan sekeliling.

Pengajian aku di UPM tinggal lagi 2 minggu iaitu di mana kuliah akan berakhir. Untuk pengetahuan anda semua, aku sedang berada di semester akhir di UPM. Lepas ini dah masuk ke alam lain dah. Dah malas sambung belajar, dah tak larat membaca,menghafal dan sebagainya

Lepas ini aku nak cari kerja plop! tak kisah kerja apa-apa pun janji halal dan diberkali oleh Allah.

Tengoklah, kalau ader masa aku akan kongsikan benda-benda menarik kat korang semua.

hehehe

hehehe

hehehe

terdapat 3 perkataan hehehe di atas membawa maksud aku tak tau nak tulis ape. Tapi tunggu nantikan kemunculan. Kemunculan ape? Tunggu ok. Bukan esok, bukan minggu depan tapi tunggu.