06 February 2009

Kejatuhan kerajaan di negeri Perak..















"Keluar!"


itulah kata yang dilemparkan oleh SUK kepada IR Nizar pada 9.40am pagi ini.
kelicikan UMNO terserlah berjaya membiakkan katak2 di sekitar Perak.

Time Nasarudin lompat masuk PR masa tu lah terhegeh2 nak buat akta anti lompat parti.
Sekarang kita boleh tgk Aura Najib sebelum menjadi PM memang dapat dihidu.

jangan main2.
UMNO mempunyai 3M iaitu senjata paling merbahaya iaitu
Money , Media , Mercenary.

Situasi di Perak sebenarnya adalah untuk menutup pekung prestasi hambar UMNO sebelum ini yang kalah teruk pada Election 2008 , kekalahan teruk di Permatang Pauh dan kehilangan parlimen di Kuala Terengganu. So Najib terpaksa membuat perkara yang OUT OF BOX iaitu merampas Kerajaan Perak dengan cara yang agak hina.

Dan aku rasa Selangor akan dijatuhkan soon, tapi Khalid Ibrahim tetap kool tengoklar mcmana media Umno memutarbelitkan keadaan di Selangor sekarang, isu air la, tanah lar itu ini lar.

tapi INGAT, RAKYAT SEKARANG TAK BODOH.
dan aku harapkan.
DSAI akan melakukan kejutan.

Mungkin DSAI akan mengambil modal lompatan di Perak sebagai senjata
Membawa rakan2 di Sabar/Sarawak melompat ker PR. Mungkin sebelum Najib mengangkat Sumpah menjadi PM.

wallahualam

8 comments:

roslan said...

mmg sux la diorg ni...mmg aku benci pon katak2 gile kuasa nih..

tepung-gomak said...

inilah sikap wakil rakyat yg sanggup melompat demi mendapat habuan dunia..perangai seperti binatang...mana pernah ekrjaan di dunia,maghasut,meroboh,menghalau..menyorokkan wakil2 yg MC kununnya tapi dibeli tuk kepentingan sekelumit kuasa di perak,tanpa batas2 seorang insan bernama Islam ..name pakai sokok,sokok peseng mende ni..
aku selaku pengundi di Sepang akan mempertahankan pakatan rakyat selangor,jika ada usaha2 barua melompat ke be end,..saya berjanji,berikrar,bersumpah pada teman..walau apa pon yg terjadi sy akan terus lawan dan lawan,diluar penjara atau di masukkan kembali d dlam penjara,sy akan terus lawan dan lawan,dan lawan..ini janji saya pada teman2...(baca dgn semangat)

DimensionX@putera said...

najib strikes again with full of disgusting tactics :(

THE ZUL said...

kepada sahabat2 ku yg berada di Perak...
teruskan perjuangan....

LAWAN TETAP...............









































LAWAN

freakinshark said...

aku maseh lagi terkejut..tp bagi aku pasrah je la..ni semua dah ketentuan dariNya..sedangkan Nabi sendiri pun kadang2 tewas dalam peperangan,tapi Islam bangkit semula tak brape lame lepas tu..pasrah je la..biarkan puak AMNO ni terus memperjuangkan keMELAYUan mereka,tapi ingat,perjuangan bangsa takkan kemana.aku tak pernah bangga dengan BANGSA aku,sebab dalam KUBUR nnt aku ditanya mungkar dan nangkir APA AGAMA AKU...bila aku tengok MB baru,tak nampak langsung cahaya macam airmuka Ir Nizar..aku sedih,maybe suasana masjid kat tempat aku takkan sama..sebab maybe takde lagi Ir Nizar akan bagi tazkirah lepas subuh@maghrib.walaupn aku ni d.p,jrang2 g msjid,tp suara lantang dia dari speaker masjid mmg dengar satu Kampung Manjoi tu..teruskan perjuangan..biar kuasa hilang dicabar,tapi jangan biar suara perjuangan berpudar...

DimensionX@putera said...

bro freakingshark...

aku begitu tertarik hujah ko bro...
betul....kalah sekarang bukan bereerti kalah selama-lamanya....

memang payah skrg..nak cari MB mcm nizar tu...

pelangi said...

sori saya mencelah.
memang rakyat sekarang tak bodoh,tapi masih ade lagi beberapa kerat yang buta mungkin.masih berada di takuk yang lama dan tak pernah realise semua benda ini.mereka seolah olah enggan mengerti keadaan sekarang dan mngutuk pembangkang.saya tak paham dengan situasi sekarang.mungkin pada mereka kerajaan sekarang adalah yang paling hebat!saya buntu..harap mereka sedar.kerana itu tidak benar~

THE ZUL said...

syukron jazilla...
aku impress dgn spirit2 korang sumer
;)