14 November 2010

TZW NEWS : 194 penyokong Man Utd sertai Newcastle Utd.



Mencheh Ster:
Akibat kecewa dengan kegagalan Manchester United memenangi away games, 194 ahli dari penyokong kelab itu di sini, telah memohon untuk lompat kelab dan menyertai Newcastle Utd, malam kelmarin.

Kelab
Newcastle Utd atau dengan nama jolokannya 'The Magpies' telah menunjukkan prestasi away form yang mantap dan memberangsangkan dengan mengalahkan Arsenal dan Chelsea tempoh hari.

Pemborong, Zulkifli bin Haji Jaafar, 44 (bukan umur sebenar), yang sudah 22 tahun menjadi penyokong
Manchester United, telah mendakwa tindakan untuk keluar daripada kelab itu diambil kerana merasakan pemimpin kelab Manchester United hanya sekadar pandai berjanji kosong untuk membeli pemain-pemain baru.




Katanya lagi, sebelum ini ada penduduk kampung meminta
pemimpin kelab Manchester United supaya menghulurkan bantuan berhubung masalah jeti untuk kemudahan penduduk setempat untuk ke stadium berdekatan, namun sampai sekarang tiada sebarang perkembangan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perkara itu disuarakan kepada
pemimpin kelab Newcastle Utd, dan masalah berkenaan segera diatasi dan jeti di Kuala Pak Amat kini memberi manfaat kepada penduduk daripada 13 kampung sekitarnya.




Pengerusi Badan Perhubungan penyokong
Newcastle Utd, Datuk Seri Andy Khairul menerima borang keahlian mereka pada majlis ‘Selamat Tinggal Manchester United di Kampung Mencheh Ster di sini petang semalam. Majlis itu disaksikan kira-kira 12,000 penduduk kampung itu.

Sebelum majlis tamat, satu
penyerahan jersi kepada penyokong-penyokong baru untuk kelab tersebut sebagai tanda simbolik.

Sumber : TZW News

.
.
.
.
.
.

4 comments:

Amiruddin said...

brat bnar taro tuh sapa wat petisyen nah nok tukar fan club...

THE ZUL said...

newcastle is the better choice!

MrAbey89 said...

Paling aku suke tgok dekat borang dorang de logo new castle..

Pastu, pakai songkok serta berkain pelekat dan berkata "Selamat tinggal Manchester United"

THE ZUL said...

HAHAHAHAHAHAA...
terima kasih sbb sudi caption gambar tu.

bosan dud....sampai aku update blog setiap 2 jam.