27 June 2011

Kena halau sebab pakai baju bersih versi AJK masjid.

Macam biasa aku ni jenis insomnia.
aku memang tak leh tido malam, sebab time nak tido aku fikir macam-macam sampai lah aku tak leh nak tido.

Tengah-tengah merayau dekat sesawang internet dengan menggunakan ISP streamyx yang sangat O.K.U, aku terbaca satu berita yang agak menyakitkan minda untuk aku berfikir secara rasional.

Seorang pemuda telah cuba dihalau oleh AJK masjid kerana memakai baju BERSIH ketika ingin menunaikan solat di masjid.
Selain ditolak secara kasar, pemuda tersebut juga dilempar dengan kata-kata kesat oleh AJK tersebut dan menuduhnya sebagai munafik.
hahaha pakai baju BERSIH automatik munafik? brilliant idea!

Ape yang sakit minda sangat bila pakai baju BERSIH ni.


Aku tak nampak unsur-unsur provocative or pornografi even gambar ibrahim ali mahupun gambar binatang seperti tenuk dan tupai kat baju tu.

Sikap kebiawakan Ajk masjid tersebut akhirnya ditegur dengan nada tegas oleh Qariah yang kebetulan yang ader kat situ sama. Syukurlah masih ader orang yang masih waras dan common sense pasal isu ini. Aku pun sakit otak pagi-pagi baca berita senggama minda macam ni.
Qariah tersebut telah menegur AJK masjid tu kerana memaki dan cuba menghalau pemuda itu semata-mata memakai baju BERSIH di masjid.


Serius aneh dan sadis dengan peristiwa memalukan ini.
Korang tau tak aper itu BERSIH? antara objektif BERSIH adalah untuk memastikan :
  • Pilihan raya yang bersih dan adil
  • ke arah negara kebajikan
  • Selamatkan Malaysia

Kalau korang tak minat politik takper, tapi tolong lar fikir secara logik dan pakai common sense.


Cara-cara nak menjadi seorang pengundi yang berjaya.

Seriously, don't just stick at one-sided which means... tolongggg jangan selalu cepat auto-percaya kat berita TV kerajaan ini.Bila keluar berita-berita kat tv haaaaa, memang sah dia yang bersalah. Camne ko tau dia bersalah? sebab aku tengok kat TV la ko tau ape. TV adalah Sumber yang paling legit dan genuine dekat tanahair Malaysia ini.

Typical malaysia selalu one-sided.
Cuba buka alternatif lain mcm youtube tengok penjelasan pihak yang tertuduh plak. Dengar,faham, dan fikir balik.

Pastu judgelah yang mane korang rasa make the perfect sense.
Bagi peluang kedua-dua pihak memberi penjelasan dan hujah and then click your button make a decision.

to dearest people,
please think for your future.
THINK.

.

4 comments:

KecohAbes said...

hebat jul~! tp xda sebab die nk halang..pdhl mamat tu tutup aurat lg..dtg masjid dgn niat yg betul..kerana baju,politik, mcm2 leh jadi~

THE ZUL said...

betul tu diud.
baju tu xder unsur2 yang diharamkan pun. serius sadis dan terkilan

amirul said...

ajk masjid tu jeles die pkai baju bersih.. baju die kotor.... heeeee

THE ZUL said...

bila ajk masjid byk sgt tgk tv3 :D