24 December 2008

Cikgu Salwa dan pelajarnya......


Cikgu Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat, dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang, sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah. Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan.

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab.

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi.

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan.














"... Saya adalah penjaga gol!"









........

6 comments:

Anonymous said...

hahahah...cun jugak Cikgu Salwa tu

Tasya said...

woahh..kak siti tu hahah

freakinshark said...

sekali lagi encik zul melawakkan usus aku.adoi..dah la anak perempuan jirannya aku still gelak sampai arini.sambung plak dengan citer ni.adoi.hahaha.teruskan karya2 anda!!!

DimensionX said...

woi....cun Cikgu Salwa tu!

aku budak putera.com...
hehehe

Anonymous said...

skali GK lar
hahahaaa

Sham said...

adui lawak lawak...aku mcm freakinshark juga sampai senak usus gelak...syabas bete...