Ke hadapan orang yang sentiasa boring,
Boring terhasil dari suatu tindak balas dalaman yang sentiasa jemu dan kebosanan.Yakni jiwa yang boring dan kusam ibarat padang pasir taklamakan.
Aku sarankan kepada yang sentiasa boring supaya mencari hobi atau aktiviti baru yang boleh mengisi masa lapang. Kadang-kadang orang yang boring adalah orang yang kurang dinamik. Dinamik amat penting untuk menvariasi kehidupan sejajar dengan wawasan 2020.
Ciri-ciri orang yang bersifat dinamik sepanjang zaman:
- Pergi ke kedai runcit... tetapi tidak membeli tapi hanya bertanya khabar kepada penjual. Usaha dinamik yang menekankan ideologi sosial tanpa berbelanja.
- Sebelum masuk kereta, dia kan menelefon emaknya sambil berkata " nak pesan aper2 ker emak." Tindakan bersifat kekeluargaan tanpa mengira konteks semasa iaitu bekerja dan menolong emak dalam suatu masa.
Orang yang boring adalah orang kuat termenung, sentiasa mengenang kisah-kisah silam.
Anda tidak akan produktif jika hidup dengan coretan kisah-kisah silam.
Aku seorang yang boring juga, tapi itu bukan penghalang untuk aku untuk hiburkan diri sendiri. Aku tak boleh biarkan perasaan boring atau simptom boredomness menguasai diri aku.
Berapa ramai yang mengukir senyuman di sebalik kepalsuan.
Berapa ramai yang gembira di luar tapi berperang dengan perasaan.
Berapa ramai yang tersenyum tapi hatinya luluh.
Bak kata hazama iaitu pemenang tempat kedua lari dalam guni berganti-ganti.
"ku takkan bisa menjadi... dari apa yang terdaya... namun ku tetap berjanji, untuk memujuk hatimu."
Kepada yang memandu, diucapkan selamat memandu.
Kepada yang bekerja, diucapkan selamat bekerja.
Kepada yang sedang bercinta, teruskan usaha anda.
Kepada yang putus cinta, jangan tangisi air mata anda.
Kepada yang tak bercinta, teruskan hiburkan diri anda, talk to your hand.
6 comments:
Berapa ramai yang mengukir senyuman di sebalik kepalsuan.
Berapa ramai yang gembira di luar tapi berperang dengan perasaan.
Berapa ramai yang tersenyum tapi hatinya luluh
semua dipraktikkan oleh azwamurni binti shamsuddin.
hobi baru aku berblogging lak..huk3.. =.=!
memang kecoh abes!
post yg bagus dari salah sorang mangsa keboringan... kan? :p
boring tapi best! kena sentiasa best bila boring. :D
Post a Comment