Percaya atau tidak? mamat ni atau lebih dikenali sebagai Cheng Guorong adalah seorang pengemis jalanan di tanah besar China. Dia menjadi seorang pengemis selepas dibuang kerja dan hidupnya menjadi sehelai sepinggang setelah hartanya dirompak.
Dia telah hidup merempat selama 14 tahun dan terputus hubungan dengan keluarganya. Dia tidak berani pulang ke kampungnya dengan keadaan sebegitu dan akhirnya bertekad untuk hidup di jalanan. Setiap hari, dia mengemis dan mencari makanan di dalam tong sampah.
Namun, dengan memiliki gaya dan rupa paras yang agak market, beliau telah ditawarkan untuk menjadi pelakon dan model sambilan. Ini kerana gambar-gambar Chen Guorong telah berjaya ditangkap oleh photographer-photographer amatur di sana dan diuploadkan di forum fotografi di sana.
Secara tiba-tiba, gaya sensasi pengemis kacak ini menjadi bahan bualan di sana. Dia juga telah ditawarkan berlakon oleh sebuah pengarah filem. Filem itu banyak berkisarkan tentang kisah hidupnya. Produksi filem itu telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM34 juta dan bakal tahun ditayangkan pada 2011. Namun, dia telah menolak tawaran tersebut dan wataknya digantikkan oleh pelakon Hong Kong, Carl Ng.
Masyarakat yang simpati dengan hidup Cheng, telah berjaya mengumpul dana untuk Cheng supaya dapat kembali ke keluarga asalnya. Tapi malangnya, setibanya di kampung ayah dan isteri Cheng telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya.
Rata-rata dari keluarga Cheng menyangkakan yang dia sudah mati.
Publisiti meluas tentang kisah hidup Cheng telah membuka kisah baru dalam hidupnya.
Cheng sekarang bergiat aktif dalam bidang permodelan, tapi dia mempunyai sedikit masalah kerana dia adalah seorang pemalu dan pendiam.
12 comments:
ehhh... ni betull ea??
tp an... boleyy tahan la mamat tuh.. hahahaha... =p
yer! based on true story :)
wow, interestingg . can I do like him .
interesting fashion to try :)
pengemis pon pakai bj mahal. ches! beli bundle eh. >_<
tu dia jumper jer pastu dia kutip. aku dah tanya dia smlm :D
whoa , cant believe laaaaa O,O
unbelievable? believe it :D
kan bagos klu ada pengemis hensem kat mlysia..
cam menarik je... neway, singgah blog kamu. rajen2 la singgah blog kami jugak k. =)
cik-terompah - kalu pengemis hensem ader kat malaysia mmg ramai la jadi bintang filem hahaha
ain - singgah dibalas :)
Post a Comment