15 December 2010

ilusi sketsa sakit tekak.


Gambar di atas bukan dslr aku, aku terlalu miskin untuk memilikinya. Seraya entry ini dikarang, tempoh cuti aku ader dalam 16 hari lagi, yakni aku boleh menikmati hari Sabtu sebanyak dua kali sahaja.

Status aku sebagai pelajar UPM amat diragui oleh pihak pentadbiran. Ape2 pun 17/12 menjadi starting point untuk aku mengukir suatu journey yang baru dan berkarisma.

Kesihatan aku sedikit terganggu sejak 2 hari ni. Aku terkena infection sore throat. Menurut ams aku memang senang kena penyakit tu. Ya, badan aku memang sangat feminin dgn sore throat atau bahasa melayunya sakit tekak!. Seriously, sakit tekak ini memang annoying gila especially time nak tido, sebab aku kena bertarung dengan keperitannya sebelum melelapkan mata.

Tapi bagi aku semua ini, aku fikir sebagai ujian penghapusan dosa. Dinamikkan pemikiran aku? hahaha setiap perkara yang berlaku ader hikmahnya! ingat tu. Sudah termaktub dimahfuzNya (ayat yang selalu dikatakan oleh Demo/tutor OS aku)




Punca aku terkena sore throat ni sebab ari tu aku lepak kat McD dari kul 12.30 tghari sampai 6.30 pm. Keluar sekejap pun sebab nak gi solat jer. Bukan sekadar lepak2 atau berfoya-foya, tapi tolong orang buat kerja. So, terpaksalah beraircond sakan.

Malam kelmarin, aku mintak nasihat daripada ams iaitu pakar dalam bidang sakit tekak dan sakit tuan serta sakit saraf kentut.
Dengan nada yang lemah dan x bermaya aku lontarkan soalan " Azwa, xperker makan strepsils x ikut sukatan dia."
Dengan nada romantis dan separa seksi Azwa membalas " Azwa dulu telan jer kalu rasa nak telan hahaha."

Rentetan daripada pertanyaan itu, aku terus mengikut cara beliau. Menelan strepsils extra strong secara berturut sampailar habis. Wah! tekak aku rasa berangin gila!. Tapi masalah muncul tatkala aku nak tido semalam. Aku dapat rasakan tekak aku mengalami rasa kebas dan membengkak! aku dapat rasa airway tekak aku sangat sempit dan berdiameter 2mm jer.

Sifat kejantanan aku tidak luntur ekoran daripada tragedi aku, lalu aku gagahkan diri untuk bangun dengan gaya gentleman lalu meminum air suam sebanyak yang mungkin. Rasa lega skit walaupun aku dapat rasa saluran tekak aku membengkak!.

Sehingga saat ini, aku rasa sakit aku ni dah beransur pulih sebab aku ikut pantang. Sebab dulu aku pernah mengalami peristiwa yang ngeri iaitu batuk2 selama 2 minggu, sebabnya? aku x jaga pantang iaitu meminum milo ais sesuka hati aku. So take note or take buku teks, jagalah pantang sebelum penyakit anda berlarutan.

11 comments:

azwashamsuddin said...

"Menelan strepsils extra strong secara berturut sampailar habis.." gile smpai habes? nk jadi duta stpsil ke ape? x gi klinik ke, hu ksian

shindosai said...

the zul vs sore throat.

THE ZUL said...

whitelover - kalu melarat gi klinik la kot. ni rasa dh pulih separuh. separuh.........

bal - pain diudd

Lyla Ibrahim said...

uih..
strepsil sampai abis telan ek...
pglarr klinik...

THE ZUL said...

hahah ni dah elok kot skit.
kalu x baik2 gak klinik la jawapnya ;D

asma aishah said...

"Gambar di atas bukan dslr aku, aku terlalu miskin untuk memilikinya" - jangan menidakkan hak anda!

"Punca aku terkena sore throat ni sebab ari tu aku lepak kat McD dari kul 12.30 tghari sampai 6.30 pm" - aku ngan azwa masih lagi kuat even lepak selama itu jugee!

"Bukan sekadar lepak2 atau berfoya-foya, tapi tolong orang buat kerja" - love your words. tqvm!


psssttt; gambar2 di atas mcm penah kulihat. tapi di mane ye..?? hurmm...

THE ZUL said...

itu dia celoteh dari asma, nescaya dslr itu amat menarik. thx kepada fotographer yg menarik perhatian iaitu asmaluddin.

azwashamsuddin said...

diharap zul bersabar

THE ZUL said...

yerr tgh bersabar la ni.

freakinshark said...

hai,saya lagi.boleh saya tahu,seperti yang tepapar pada gambar entri anda kali ini,dimana mcdonald tersebut?di kuala terengganu kah?dan seperti biasa entri anda sangat kelakar,tatkala saya sedang membacanya sambil ketawa,kucing saya turut ketawa sambil kencing.

THE ZUL said...

itu mekdonel di terengganu, agak ganjil tapi itulah hakikat, berdekatan dgn rumah aku, senang utk memburger jika rasa kegersangan :)