Hari ini aku akan bongkarkan rahsia untuk menjadi Romantik.
Hanya perlu ikuti 5 langkah mudah ini untuk memikat hati pasangan anda.
Pasti pasangan anda kagum dengan cara anda dan makin sayang kepada anda,yang unik dan ekzotik. Dan jangan lupa bagi credit kat aku yang bersusah payah share rahsia agung aku ni.
Sila baca dengan teliti, kalau boleh baca dengan nada serius. Sebab rahsia-rahsia aku ni semuanya serius-merius belaka.
Berjalan-jalan tepi pantai bersama-sama.
Yang tak biasa orang buat : Berjalan-jalan tepi paya atau parit bersama kekasih.
Sebab : menyedarkan kekasih bahawa pantai tak semestinya tempat yang indah sebab parit atau paya juga mempunyai unsur-unsur semulajadi yang abstrak dan dinamik. Maka, kekasih anda akan beranggapan anda seorang yang cintakan alam semula jadi, sebab orang yang cintakan alam ader kaitan dengan suka ke budak-budak. kait ker? ha ha ha
Makan bersama-sama.
Yang tak biasa orang buat : Setiap kali singgah kat kedai makan bersama pasangan anda, mintak senarai menu makanan dari pelayan dan jangan pesan makanan tersebut.
Sebab : supaya dapat bercerita kepada pasangan anda tentang sejarah nasi goreng,mee goreng, mee rebus dan sampai lah habis menu. Jangan lupa bercerita pasal nutrisi-nutrisi dan kebaikan makanan tersebut. Ini berjaya membangkitkan pengetahuan tentang makanan-makanan di malaysia. Justeru, kekasih anda menganggap anda seorang berfikiran luas dan berpengetahuan tinggi.
Hadiahkan bunga kepada pasangan.
Yang tak biasa orang buat : Tolong jangan jadi typical people, bagi bunga ini memang dah outdated sangat, cara yang terbaik adalah bagi benih bunga.
Sebab : aku yakin pasangan kamu akan terpinga-pinga kenapa bagi benih bunga? Lama-lama dia akan faham sebab, bermulanya manusia di muka bumi ini adalah dengan benih juga. Walaupun agak extreme pendekatan ini tapi kesannya memang panjang. Jika kekasih anda seorang yang lambat pick-up, lupakan cara ini.
Bermain gitar di tepi air terjun.
Yang tak biasa orang buat : Pendekatan ini aku tweak skit, mainkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan kepada kekasih anda mcm lagu bila izrail datang memanggil atau demi masa, lepas nyanyi bagitau ker kekasih anda, supaya balik dengan teksi.
Sebab : kenapa suruh dia naik teksi? supaya dia dapat menghayati balik aper yang cuba disampaikan oleh anda melalui petikan gitar anda dan nyanyian anda, kalau balik bersama-sama pasti dia akan lupa apa yang anda sampaikan tu, sesuatu yang baik memerlukan pengasingan sementara waktu. Kalau kekasih anda seseorang yang sensitif, jangan amalkan cara ini.
Kejutan hari jadi kepadanya.
Yang tak biasa orang buat : "surprise bithday!" rata-rata perempuan memang sukakan kejutan-kejutan camni . Untuk nampak lebih romantika malaya lagi, time surprise birthday bawak 1 rombongan keluarga anda ke rumah kekasih anda. Tiap-tiap kali birthday kekasih anda mestilah disambut dengan 1 keluarga yang seakan-akan menunjukkan ader majlis berkhatan beramai-ramai.
Sebab : dengan wujudnya penglibatan dua keluarga dalam birthday, hari jadi kekasih anda akan jadi lebih bermakna dan berjaya mengelakkan terjadinya maksiat yang tidak diingini. lupakan potong-potong kek dan tiup lilin! tu bukan cara agama kita, buat doa selamat dan bacaan yasin baru hubungan akan sentiasa diberkati Allah swt.
24 comments:
1st.. ting ting.. tiada kebasahan..
haha giler lawak.. tp sblum bg tips kat org lain, nk tau keberkesanannya sila lah praktis dulu ngan cik azwa :p ..kalu berkesan baru boleh tiru
@Anon33 - itu sudah keluar dari skop
@iffa - sila tiru sebab tu aku nak share dgn korang ni. :P
okeh. akan dipraktikkan..main gitar tepi wisata minda sebeloh jirat cine
menarik... hahahaha...
whitelover - main gitar dalam bas trans :P
timah - jgn lupa amalkan yer
ini rahsia nyer..
segala tips cinta ak
akan take note.,
nais share..
hik hik(demOS)
take note oke.
bukan senang aku nk share secret nim
wt r gitu skali
1/1/11 kita wak yg mane boleh dulu :)
tips anda sangat kelakar.saya secara jujur sukakan tips-tips anda yang begitu merangsang.maksud disini dari sudut mental.anda kelakarlah.berguguran bulu hidung saya tatkala membacanya.
sharkreena, lama betol ketidak hadiran anda di bloggy hamba, saya merindui saat dulu2 di mana entry2 nakal anda di blog anda.
gila lah! gud info! nak try! wkakaka
xyah try sumer xper, try salah satu tgk impaknya camne hahaa
ske yg bg benih bunga! ha3 XD minta2 bf ku bca ni,nk benih bunga ros merah ;)great tips~
mintak byk skit benih, boleh buka kedai bunga plak pastu hahaah
Cuba tengok yang ini.
muahahaha
http://writetoasphaq.blogspot.com/2010/11/things-to-do-with-my-future-wife.html
nice sharing =)
haha..suka yg last tu... suprise birthday..
suprise mengikut landasan islam :D
hahaaa :D
terbaik lahh :P
jgn lupa implementkan yer :D
Post a Comment