21 May 2010

Fasa seterusnya dalam kehidupan......























21 May menuju ke July, satu tempoh percutian yang agak lama.
memang cuti ni adalah salah satu benda yang aku kagumi.

aku rasa umur dah meningkat, sel2 otak aku pun dah jadi lain.
pemikiran pun dah jadi lain. Dunia Gaming ku dah suram kecuali game
Gusti dan Bola jer aku layan.

Ini la masanya aku perlu mencongak masa depanku, merangka segala agenda aku. Pertama sekali aku harus meletakkan matlamat yang realistik dalam kehidupanku. Aku suka politik. Politik memaparkan perilaku bangsa manusia yang rakus dengan kuasa.


dan inilah masanya aku kena mencari seseorang yang mampu menemaniku sehingga sehidup semati. Ini bukan entry jiwang leleh, adam tercipta untuk hawa. Aku tak berkesempatan bergelumang dalam dunia percintaan.

Aku tidak pernah merasai nikmat bercinta dan aku tak pernah terfikir langsung untuk menceburi pengkhususan2 percintaan ni. Ramai yang kata bahawa hidup di masa remaja memang harus ditaburi dengan bunga-bunga percintaan.

aku tak mampu, aku tak mampu nak bawa diri aku yang serba kedaifan dan kekurangan ini. Aku terlalu sibuk dengan aktiviti2 harian aku dan mungkin ader hikmah pada setiap kejadian dalam hidupku. Allah itu maha adil.

Dunia sekarang mcm perlumbaan yang tiada garisan penamat.
Hanya yang terbaik dan tabah sahaja yang mampu mendapat hadiah yang istimewa.

-THE ZUL

8 comments:

azwashamsuddin said...

aww~ gittuuu~~

THE ZUL said...

nooooooooo, noo.

azwashamsuddin said...

"hidup di masa remaja memang harus ditaburi dengan bunga-bunga percintaan.."

nawok2...

THE ZUL said...

cinta itu besar maknanya :D....tidak spesifik dan bersifat global.

freakinshark said...

pilihlah aku jadi pacarmu....
sabar je the zul...
i'll be behind ur back..not ur ass.coz im not gay.but i'll support u..

THE ZUL said...

wow shark suda kembali ke arena belop....kehilanganmu diratapi penduduk kampung sungai pergam.

Attoae said...

suka ngan p0st nihh... sangat2 bermakna... =p
tapi kedang2 kita jadi leka ngan keindahan hidup dunia nihh, tanpa kita sedar setiap balasan yang akan diterima di akhirat kelak... sekadar berk0ngsi pandangan.... maaf...

THE ZUL said...

biasa la tu attoae...lumrah manusia mmg camni....cuma kita kena pandai bahagi masa di dunia dan akhirat =)