21 March 2011

TZ Tutorial #2 : Bagaimana nak jadi orang yang serius.

Bagaimana nak jadi orang yang serius.


1. Jangan senyum pastikan muka anda serius sepanjang masa. Kening dan mata haruslah bekerjasama dengan baik bagi menghasilkan expresi wajah yang serius.

2. Pemakaian haruslah selari dengan wajah serius. Baju kemeja berkolar hendaklah tuck in dan mestilah dipakai selalu mahupun ketika bersukan ataupun menyertai perkhemahan persatuan.

3. Setiap kali menonton bola mestilah serius. Setiap kali gol dijaringkan, kedudukan posture badan mestilah dalam posisi mendagu tanpa senyum dan menyebut "gol..." sebanyak 5 harakat jika gol dijaringkan. Sebutan gol mestilah perlahan sebab orang serius suara dia sederhana kuat dan garau macam Datuk Rahim Razali.


4. Setiap kali order makanan, mestilah menggunakkan teknik isyarat+subjek atau I.S, contoh dengan menyebut "nasi goreng...." secara ringkas sambil menunjukkan isyarat nombor 1 dan bukanlah menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika memesan makanan di food court atau di gerai mamak.

5. Setiap kali orang bertanyakan soalan, mulakan jawapan anda dengan ayat yang penuh dinamik serta penuh bunga. contoh.

Stranger : Kat mana bilik lecturer Pn Hamidun yang ajar subjek teori penanaman pokok petai?
Orang serius : Mengikut kajian saintifik fakulti bomba, lokasi dan koordinat bilik Pn Hamidun tiada dalam pengkalan data maklumat saya, mohon maaf.

Sebaik sahaja menjawab soalan, anda mestilah membuat eyes contact kepada wajah stranger tersebut dengan serius bagi menghidupkan lagi watak serius anda.

5. Ulangi 5 langkah mudah ini dan secara perlahan-perlahan anda akan menjadi seorang manusia yang serius di muka bumi ini.


5 comments:

ibai merepek said...

waa..bagus tips2...

iFFa said...

topik yang serius. demi nak tahan ketawa lepas baca post ni, aku cuba mengerutkan kening sambil berfikir tahap keseriusan post ni dengan serius

THE ZUL said...

bagus comments anda memang serius kerana xder emoticon.

azwashamsuddin said...
This comment has been removed by the author.
azwashamsuddin said...

27 julai 2012