26 May 2009

5 Kebaikan dalam 5 Amal

Rasanya x ramai yang membaca entry2 macam ni yang berunsur keislaman.

nak tekan pun 50-50 kan, nak tekan pun mouse tu mcm x izinkan jer nak click.


tapi aku harap lepas ni korang baca,hayati dan amalkan.




Assalamualaikum Warrahmatullaahiwabarakatuh,

BIG CREDIT TO : Phoenixwunin



Sekadar untuk berkongsi dan sesama mengingati:


Daripada Hazrat Shaqiq Bulkhi rah. :


"Kami mencari 5 perkara dan menemukannya dalam 5 amalan iaitu:

1. Keberkatan rezeki didapati melalui solah Dhuha.

2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui solah Tahajjud.

3. Jawapan terhadap soalan Munkar dan Nankir didapati melalui membaca Al-Quran.

4. Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa & bersedekah.

5. Mendapat naungan di bawah Arasy Allah S.W.T diperolehi melalui mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi diri.


Semakin ke hadapan, kita semakin lupa dengan tuhan.
Terlalu banyak cabaran dan juga kemudahan melalui
nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T membuatkan kita lalai
dan akhirnya lupa terus kepada-Nya.

Di masa terluang ni kalau boleh saya nak seru lah
formumers-forumers sekalian. Cuba perhatikan apa
yang telah di sampaikan oleh Shaqiq Bulkhi ra.

Kalau rasa macam nak sangat kejar harta dunia, cubalah
laksanakan solah Dhuha tu sekurang-kurangnya 2 rakaat
sehari pun jadilah.

Bukanlah susah sangat. Barulah keberkatan harta tu ada..
kita mencari harta duniawi tetapi dalam masa sama kita
ingat kepada pencipta kita yang agung.

Tahajjud, boleh difahami kalau sukar nak dilaksanakan.
Cabaran memang cukup-cukup besar. Bukan sesuatu perkara
mudah untuk bangun malam dengan sebab untuk beribadat.
Tapi sekurang-kurangnya cubalah berniat untuk melaksanakannya
kalau terbangun di malam hari.

Kalau tidak terbangun.. maka itu perkara lain. Insya'allah
kalau ada niat untuk buat.. maka Allah S.W.T akan mengadakan
jalan baginya dan insya'allah.. akan terjagalah dia untuk solat
Tahajjud.

Terlalu besar fadhilat Tahajjud ni untuk ditinggalkan.

Lagipun.. bukan dari aspek fadhilat sahaja.. ada diceritakan
Allah S.W.T turun ke langit dunia pada 1/3 malam yang akhir.
Maka bukankah itu adalah waktu Allah S.W.T paling hampir dengan
kita hambanya?? (jangan tanya mcm mana Allah S.W.T turun ke langit
dunia.. itu bukanlah urusan kita).

Seboleh-bolehnya buat la Tahajjud ni kalau dapat.





Wallahualam...

2 comments:

freakinshark said...

satu pembukaan entri yang menarik setelah ko ghaib buat seketika..hehe..yela,kalo asyik baca benda merapik and ntah ape2,sekurang2nya ade gak entri yang menginsafkan diri kan...

THE ZUL said...

hahahhaa
kadang2 dlm keniya rapikan itu...
haruslah jua diselitkan unsur keislaman......

mari bertaranum